Copa America Centenario 2016 berakhir dengan Chile mempertahankan kejuaraan setelah menewaskan Argentina melalui sepakan penalti 4-2.
Lionel Messi melinangkan air mata kekecewaan dan tidak mahu mewakili Argentina lagi.
Ulangan final 2015, pasukan nombor 1 dunia, Argentina dianggap pasukan pilihan yang sukar ditandingi lawan lain kali ini.
Dibarisi pemain terhebat dunia seperti Lionel Messi, Sergio Aguero, Javier Mascherano, Gonzalo Higuain dan Angel di Maria, sehingga legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona mengatakan tidak mungkin untuk pasukan Amerika Selatan ini tewas di final.
Dalam nada berjenaka, Maradona memberi amaran kepada pasukan kesayangannya jangan balik ke Argentina jika mereka gagal menjulang piala sekali lagi.
Bagi penyerang prolifik Barcelona, Messi yang mempunyai deretan kejayaan seperti 8 kejuaraan La Liga, 4 Liga Juara-juara dan dianugerahkan Ballon d'or 5 kali, kegagalan membantu negaranya menjuarai temasya utama buat kali ke 4 sukar untuk diterima.
Pemain berusia 29 tahun yang berpangkalan di Kelab Barcelona pada usia 13 tahun ini, gagal membantu Argentina di final Copa America tahun 2007 apabila tewas kepada Brazil serta dua kali dibelakang Chile tahun 2015 dan tahun ini, dan tewas 0-1 kepada Jerman di Piala Dunia 2014.
Satu-satunya kejayaan Messi untuk Argentina adalah pingat emas Sukan Olimpik 2008.
Pemain berusia 29 tahun ini berkata "Saya telah cuba sebaik mungkin. Kejayaan yang sangat diinginkan Argentina gagal saya sempurnakan. Sudah cukuplah. Ia berakhir di sini".
Beraksi 113 kali dan kali pertama tahun 2005 untuk Argentina, pertahanan kental Itali, Giorgio Chiellini menganggap Lionel Messi sebagai 'God of Football'.
Nampaknya, Messi juga seorang manusia biasa dan tidak sempurna.