Tentulah perkembangan mutakhir ini menepati segala serba-serbi sebuah ‘opera sabun’.
Ia bukan datang daripada sesiapa yang lain melainkan Jorge Messi, bapa dan ejen kepada Lionel, yang mengesahkan buat kali pertama bahawa anaknya itu berpeluang untuk terus bersama Barcelona.
Tatkala ditanya jika Leo masih berkemungkinan sebagai pemain Barcelona pada musim baru ini, Jorge sekadar menjawab ringkas: “Saya tidak tahu.”
Jawapannya itu dilihat sudah berubah berbanding bayangan diberikannya sebelum pertemuan dengan presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, semalam.
“Ia akan amat sukar,” katanya ketika itu.
Sebagai memperjelaskan sedikit keadaan, sepupu Messi, Maxi Biancucchi, mengakui dia berpendapat ia akan menjadi amat sukar untuk kapten skuad Blaugrana itu untuk meninggalkan pasukan ketika ini.
“Perasaan saya ialah ucapan perpisahannya kepada Barcelona kini tidak lagi berapa jelas; saya tidak berasa 100 peratus pasti yang dia akan dibenarkan pergi,” katanya seperti dipetik akhbar harian sukan Sepanyol, Marca.
Dan ia bukan perasaannya seorang.
Wartawan TyC Sports, Martin Arevalo, mencelah: “Terdapat 90 peratus peluang Messi akan kekal bersama Barcelona.
“Leo sedang mempertimbangkan untuk kekal bersama Barcelona sehingga 2021 dan hanya akan angkat kaki apabila kontraknya tamat.”
Kedudukan kapten Barca itu bolehlah disimpulkan sebagai sudah mula berubah dan tidak lagi muktamad.
Di sebalik Jorge berkeras dalam pertemuan dengan Bartomeu semalam bahawa kontrak Lionel sudah berakhir dan bebas untuk berunding dengan kelab lain, Barcelona pula menafsirnya berbeza bahawa ia hanya akan tamat pada 2021 dan klausa pelepasannya ialah €700 juta (RM3.45 bilion).
“Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi pandangan masing-masing,” lapor Fox Sports pula.
“Ia satu perbincangan yang bagus yang membantu melenyapkan sebarang rasa curiga-mencurigai.
“Dan ia membuka kemungkinan buat Messi kekal di Barcelona,” tambahnya.
Siri perbincangan dijangka akan berlanjutan di antara Jorge dan Bartomeu minggu ini.
Bartomeu dikatakan telah menawarkan lanjutan kontrak dua tahun lagi tapi kem Messi enggan melihat kepada kemungkinan itu buat masa ini.
Dengan hanya berbaki setahun daripada kontraknya kini, tempoh itu adalah paling lama yang boleh dijangkakan daripada pemain berusia 33 tahun itu dalam jersi berbelang Barca.
Di sebalik segala-galanya belum pasti, ia masih berita terbaik buat penyokong Barca sejak akhir-akhir ini.