Sekeping foto bernilai seribu perkataan dan kepada sesetengah yang lain, sekeping gambar tidak akan berbohong. Terserahlah.
Semalam, FC Barcelona memuat naik sekeping foto di laman web rasmi kelab itu untuk memperagakan jersi terbarunya bagi musim baru 2020/21.
Ia menampilkan Lionel Messi di tengah-tengah sambil diapit Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann di barisan depan. Di belakang mereka ialah Gerard Pique, Marc-Andre ter Stegen dan Frenkie de Jong.
Tanpa perlu banyak huraian, ia bermaksud pemain-pemain inilah yang mahu dikekalkan pengurus baru, Ronald Koeman, sebagai tulang belakang pasukan bagi memburu kegemilangan di peringkat domestik dan Eropah.
Bayangkan pula ketepatan masanya. Kebetulan, imej berkenaan dimuat naik semalam – hari yang sama bapa Messi, Jorge, bersemuka dengan presiden kelab berkenaan, Josep Maria Bartomeu, untuk merundingkan pelepasan Leo tanpa perlu melunaskan klausa bernilai €700 juta (RM3.45 bilion).
Sebagaimana imej yang dimuat naik itu, keputusan rundingan dua jam berkenaan tidak sukar diagak – Barcelona menolak sebarang perbincangan bagi penjualan Messi. Mereka mahukannya kekal dengan apa cara sekalipun.
Malah, Bartomeu yang ditemani pengarah Barca, Javier Bordas, dalam pertemuan itu berkeras dengan pendirian bahawa kedudukan Messi masih tidak berubah, bahawa dia kekal sebagai pemain tonggak di bawah perancangan Koeman.

“Anak saya tidak akan kekal di Barcelona,” Jorge dipetik sebagai memberitahu pihak tuan rumah pada awalnya, seperti dilaporkan akhbar sukan harian Sepanyol, Marca.
Namun, perbincangan itu dilaporkan berlangsung panjang lebar dalam suasana yang tidak pun tegang di samping berkemungkinan disusuli siri perbincangan selanjutnya.
Bartomeu juga memberitahu Jorge, yang turut disertai abang Messi, Rodrigo, bahawa klausa pelepasan Leo sudah luput pada 10 Jun lalu, selain pemain itu yang masih terikat dengan kontrak, hendaklah melaporkan diri dalam latihan seberapa segera.
Tegasnya lagi, mereka tidak akan merundingkan penjualan Messi dalam sebarang keadaan pun kerana dia masih sebahagian penting daripada projek kelab itu.
Di pihak pemain itu pula, wakil-wakilnya merujuk kepada faks terdahulu yang mengesahkan keinginan Messi untuk meninggalkan Barca dan mengandaikan klausa pelepasannya masih terpakai, dia harus dilepaskan secara percuma.
Kesudahan perbincangan itu bermakna tiada apa yang berubah, dengan kedua-dua pihak mempertahankan pendirian masing-masing.
Langkah berikutnya memungkinkan Messi tampil untuk mengadakan sidang akhbar buat kali pertama mengenai isu yang mengaitkan dirinya atau Barcelona barangkali akan mengancam untuk mengenakan denda ke atasnya kerana ponteng latihan yang bermula kelmarin.
Atau Messi boleh memilih untuk menghilangkan diri dari Camp Nou dan membiarkan untuk mahkamah membuat keputusan – sesuatu yang seboleh-bolehnya mahu dielakkan oleh kedua-dua pihak.
Pada waktu ini, tiada siapa yang boleh berasa pasti bagaimana kesudahannya nanti, dengan ‘opera sabun’ ini kelihatan akan berlanjutan lagi sehingga salah satu pihak mengalah.
Sementara itu berlaku, Messi terpaksa kekal.

Germany vs Spain is the big one! ? #NationsLeague pic.twitter.com/d0NWSUFVbo
— Stadium Astro (@stadiumastro) September 3, 2020