Skip to main content

Rencana

Messi, keajaiban berpisah tiada

messi-real-betis_1.jpg
Pada tengah hari Sabtu lalu, Lionel Messi bangkit dari bangku simpanan sewaktu Barcelona menentang Betis lalu menunjukkan persembahan mengagumkan.

Sewaktu menonton permainan Barcelona ketika ketiadaan Messi yang terpaksa direhatkan dalam separuh masa pertama kerana kecederaan, jelas terbayang bagaimana keadaannya nanti jika kapten Argentina itu tiada lagi bersama -- satu kemungkinan yang tidak mustahil akan menjadi realiti memandangkan isu kontraknya pun belum diselesaikan lagi.

Sewaktu Messi turun ke padang, kedua-dua pasukan terikat 1-1, tetapi tidak sampai empat minit kemudian, Messi berjaya mengumpan dua pemain pertahanan Betis, Claudio Bravo dan Marc Bartra ke arah dirinya dan membebaskan Antoine Griezmann untuk melakukan jaringan mudah.

Pada akhir perlawanan, Messi berjaya menjaringkan dua gol, bukti persembahan yang cukup cemerlang sekali, persembahan pemain terbaik dalam pasukan.





Namun, persoalannya ketika ini, berapa lamakah Messi akan terus setia bersama Barcelona?

Semua orang tahu tentang kekecohan yang berlaku apabila Messi mengumumkan dia ingin berpindah kelab, beberapa bulan lalu.

Punca utama kesemua masalah ini, presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, sudah pun setuju untuk bersara dan biarpun berita ini sepatutnya menggembirakan Messi, sejujurnya masa depan pemain itu masih belum jelas sepenuhnya.


Dalam temu bual bersama laman sesawang sport.es, jurulatih Barcelona, Ronald Koeman, dipetik sebagai berkata, “Messi sudah membuktikan kepada saya yang dia masih dahaga untuk mencapai kemenangan dan dia ingin terus kekal sebagai pemain terbaik biarpun dia ada masalah peribadi dengan kelab.

“Saya tak mampu untuk menyelesaikan masalah di antara dia dan kelab, tetapi saya jamin yang dia akan sentiasa memainkan peranan penting dalam sistem saya.

“Hakikatnya, Barcelona tanpa Messi adalah satu pasukan yang teramat berbeza sama sekali.”


 Persembahan mantap Ansu Fati dalam beberapa   perlawanan lalu telah membantu Barcelona mengatasi   detik-detik geir, namun dikhabarkan kecederaan Fati   akan memaksa dia untuk berehat selama sekurang-     kurangnya empat bulan lamanya. 


 Ketiadaan Fati semestinya meletakkan semula beban   di bahu Messi untuk menggalas harapan pasukan,   sama-sama kita lihat bagaimana perkembangannya dan Barcelona dalam beberapa minggu akan datang. 

Advertisement

Must Watch Video