Benarkah satu teori yang semakin dipercayai kononnya terdapat tujuh manusia berbeza yang seiras dan separas di dunia ini pada satu-satu masa?
Kalau hendak dibandingkan dengan bintang dunia, Argentina dan Barcelona, Lionel Messi, maka “doppelgänger” – satu kata pinjam daripada bahasa Jerman yang bermaksud seseorang yang hampir menyerupai seorang yang lain tanpa sebarang pertalian darah atau salasilah – boleh dikatakan “Messi” ada di hampir setiap negara.
Dan andai Messi (ketinggian 1.7m) yang sebenar boleh menuntut hak imej atau hak komersialnya dalam pengumpamaan seperti itu, bertambah-tambah kayalah dia.
Bukan setakat ada Messi Amerika Latin, Messi Eropah, Messi Afrika, Messi Amerika Utara, Messi Oceania, Messi Antartika dan Messi Asia di samping Messi benua kecil India, Tanah Arab dan Indochina, jelmaan Messi juga wujud dalam pasukan Selangor dan Madura United!
Kalau dihimpunkan setiap seorang daripada mereka, ia harus lebih daripada cukup untuk menubuhkan sebuah pasukan, cuma Messi bukanlah pemain yang dikenali dengan peranan untuk bertahan.
Terkini pula, tumpuan terjurus kepada Messi Jepun dan Messi Korea – bukan secara tidak semena-mena tapi didasarkan kepada perkembangan terkini mereka.

Semalam, Takefusa Kubo, 18, (ketinggian 1.74m) mencipta sensasi daripada perjalanan panjangnya dari Kawasaki, Jepun ke ibu kota Sepanyol untuk bergelar pemain terbaru – seiring dengan Luka Jovic dan Eden Hazard -- di bawah kendalian Zinedine Zidane bersama juara 13 kali Piala Eropah/Liga Juara-Juara, Real Madrid.
Begitupun, Kubo akan menyertai barisan pelapis, Castilla, terlebih dahulu tapi tiada siapa harus menafikan peluangnya untuk dinaikkan pangkat ke skuad utama Los Blancos.
Seakan-akan enggan dikalahkan, Lee Seung-woo (ketinggian 1.7m) pada usia 21 tahun pula, yang menjaja skilnya di kelab Serie B, Hellas Verona, adalah antara nama baru yang hangat diperbualkan menjelang musim baru Liga Itali itu hasil 26 penampilannya musim lalu di samping ura-ura menggandingkannya dengan Son Heung-min dalam skuad kebangsaan Taegeuk Warriors.
Di antara kedua-dua Messi Asia Timur itu, wujud sedikit persamaan, dengan masing-masing pernah menyusuri laluan di mana segala-galanya bermula buat Messi sebenar di Akademi La Masia yang menjadi gudang melahirkan bakat-bakat muda hebat buat FC Barcelona.
Cuma kelainannya, Kubo lebih awal meninggalkan La Masia setelah disunting FC Tokyo di mana dia kini menjadi anggota kesebelasan utamanya di samping sudah membuat 24 penampilan dalam Liga-J dan lima gol pada namanya.

Berlawanan pula dengan Seung-woo yang lebih lama mengasuh kemahirannya di akademi Barcelona itu sejak berusia 12 tahun.
Belumpun lama di sana, dia sudah mengatasi rekod jaringan Messi di usia remaja di samping stail kedua-duanya dikatakan tidak banyak berbeza -- Seung-woo disifatkan pantas, gemar menggelecekkan pertahanan lawan di samping reputasinya diperkukuhkan oleh anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Kejohanan Asia B-16 2014 di Thailand.
Pada Ogos 2017, Barcelona menjualnya kepada Verona dengan nilai €1.5 juta (RM7 juta) dan di sanalah, bakat dan kematangannya diharapkan akan terus berkembang.
Kini, kedua-dua Kubo dan Seung-woo semakin meningkat dalam kedewasaan.
Semuda usia 18 tahun dan lima hari, Kubo tampil selaku pemain kedua termuda membuat penampilan bersama skuad senior Samurai Biru ketika menundukkan El Salvador dalam perlawanan memanas badan di Stadium Miyagi, 9 Jun lalu – prestasi yang mengekalkannya bersama skuad bimbingan Hajime Moriyasu itu dalam kempen Copa America yang sedang berlangsung di Brazil.
Jepun, selaku pasukan undangan, akan memulakan cabaran dengan menentang Chile dalam perlawanan pertamanya esok (7.00 pagi Selasa waktu Malaysia).
Mendahuluinya, Seung-woo pula mengambil tempatnya dalam kesebelasan Taegeuk Warriors pada 2015 lagi, dengan penampilan pertamanya akan sentiasa diingati daripada sisi berbeza pemain itu.
Digantikan pada pertengahan perlawanan, pemain yang ketika itu baru berusia 17 tahun menyepak papan iklan di tepi padang tanda protes – sesuatu yang tidak pernah didengar sekalipun membabitkan pemain senior Korea yang didik untuk tunduk hormat sejurus dikeluarkan.
Di sebalik kritikan ramai terhadapnya, Seung-woo mempertahankan bahawa pemain berbakat besar lazimnya dikaitkan dengan perwatakan gemar melawan – sesuatu yang nampaknya mampu dimaafkan ketua jurulatih, Shin Tae-yong.
“Di Korea, saya diberitahu saya kurang kematangan. Tapi Barcelona baru menaikkan saya ke pasukan profesional mereka. Di sana, mereka melihat saya dengan cara berbeza, jadi saya berterima kasih untuk itu,” katanya sebagai menawarkan alasan ketika itu.
Di sebalik kisah kedua-dua pemain itu, namun Messi Malaya dilupa jangan.

Mengulangi satu jaringan gemilangnya ketika berdepan Afghanistan dalam Piala Airmarine, 23 Mac lalu, Faiz Nasir, 26 (ketinggian 1.52m) tampil dengan satu lagi voli cantik dalam kemenangan 7-1 ke atas Timor Leste, 7 Jun lalu, untuk dia terus dijadikan sandaran Harimau Malaya -- asalkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, tidak terus sangsi dan mahu memberikan kepercayaan.
Pada penghujungnya, kita harus berbangga memiliki Messi Malaya dibandingkan dengan Messi Amerika Latin, Messi Eropah, Messi Afrika, Messi Amerika Utara, Messi Oceania, Messi Antartika atau Messi Asia sekalipun.