Skip to main content

Rencana

Messi ‘fed up’ Dengan Bartomeu?

lionel-messi-real-madrid-barcelona_.jpg
Cerita Lionel Messi mahu keluar daripada Barcelona bukan perkara baru, namun kali ini situasinya dianggap lebih serius.

Portal sukan seluruh dunia tidak berhenti bercerita isu ini selepas dikatakan wakil Messi menghantar faks kepada kelab yang menyatakan dia mahu keluar daripada Barcelona. Pada andaian pertama penulis, ini mungkin sekadar khabar angin yang sengaja dikeluarkan jika diambil kira prestasi Barcelona musim ini yang ditutup kekalahan memalukan 8-2 kepada Bayern Munich

Pada kebiasaannya, jika pemain utama yang ingin keluar daripada kelab, ia lebih kepada ‘isyarat’ untuk perbincangan kontrak baru untuk kenaikan gaji mahupun pertambahan bonus dalam kontrak sedia ada. Tetapi situasi Messi ini dianggap lebih serius, kerana gaji bukan satu isu buat pemain Argentina itu.



Apa sebenarnya yang mungkin berlaku?

Seperti yang kita ketahui, kuasa Messi di Barcelona sebenarnya bukan hanya sekadar pemain. Player power Messi di Barca sungguh tinggi, mengawal pemain dan bilik persalinan, sehingga boleh mengabaikan arahan jurulatih. Itu berdasarkan apa yang di analisis media di Sepanyol yang membaca lenggok badan Messi, malah viral 1 klip video Messi tak ambil peduli arahan pembantu jurulatih Quique Setian ketika aksi La Liga.

Khabar angin yang Messi ‘tidak sebulu’ dengan pengurusan serta ahli lembaga pengarah sudah bertiup semenjak Bartomeu menjadi presiden Barcelona. Messi dilihat tidak senang dengan beberapa keputusannya sehingga Barca kini berada di tahap paling teruk dalam sejarah.

Perlu diingat, Messi antara pemain paling setia dengan kelab. 16 tahun dengan 731 penampilan, Messi sebenarnya dalam kalangan pemain masih aktif kedua paling lama berada dalam satu kelab dibelakang Igor Akinfeev ketika ini.

Ini mungkin ‘jalan terakhir’ yang terpaksa dilakukan Messi untuk ‘menyingkirkan’ Bartomeu daripada kerusi presiden. Mungkin jika Bartomeu melepaskan jawatannya, Messi boleh menarik balik keputusannya dan kekal bersama The Catalan. Messi pernah 2 kali menyatakan untuk bersara di peringkat antarabangsa, dan kemudian menarik balik keputusan itu.

Andai kata Messi nekad untuk keluar, penulis merasakan Manchester City merupakan satu-satunya pasukan yang sesuai dengannya. Daripada jurulatih, kewangan, rakan sepasukan sehinggalah CEO, semua kotak itu sudah diisi. Hubungan Messi dengan Pep Guardiola memang rapat sejak di Barcelona lagi, dan itu mungkin tarikan utama Messi untuk berhijrah. Manchester City pula berkemampuan untuk membayar harga yang mungkin ditetapkan, serta gaji yang diinginkan. Dia mempunyai beberapa rakan senegara di City, Sergio Aguero serta Nicolas Otamandi. Malah dikhabarkan Aguero sedia melepaskan nombor 10 andai Messi serius untuk ke The Etihad.

Satu lagi faktor penting, CEO Manchester City Ferran Soriano dan Pengarah Bolasepak The Citizen Txiti Begiristain sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Messi. Kedua-dua individu ini sangat mengenali Messi dan bekerja bersama ketika era Joan Laporte yang mana mereka mengecapi beberapa kejuaraan peringkat domestik dan Eropah.

Mungkin Messi tidak akan berada dalam carta ‘one man club’ yang bagi penulis sangat eksklusif, tetapi perpindahan ini mungkin akan menjadi sejarah baru bola sepak moden yang akan diceritakan untuk jangka masa yang lama.

Advertisement

Must Watch Video