Skip to main content

Rencana

Merry Christmas Mourinho

skysports-jose-mourinho.jpg
Apa perkara pertama yang anda mahu lakukan selepas meletak jawatan atau dibuang kerja?

Jose Mourinho memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga dan berbelanja di gedung terkemuka di London, Harrods.

Dua perkara ini mampu menjadi terapi terbaik untuk menenangkan fikiran - terutama bagi mereka yang menjawat jawatan yang sibuk dan hampir tidak mempunyai masa untuk diri sendiri selama ini.

Seakan kena dengan musim cuti menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi - pemecatan Mourinho dari Old Trafford pada Selasa mula kelihatan seperti sesuatu yang memang diharapkan oleh jurulatih dari Portugal ini - walaupun satu dunia melihat ia 'Dejavu Disember' merujuk kisah dengan Chelsea 3 tahun lalu.

Di sebalik hubungan tegang dengan pengurusan kelab dan beberapa pemain - kekalahan kepada Liverpool telah menguatkan alasan pemecatan Mourinho pada tarikh 18 Disember - lewat sehari daripada situasi sama di Stamford Bridge.

Pantas Mourinho dikaitkan dengan Real Madrid dimana dia mempunyai kenangan manis menjulang kejuaraan La Liga pada 2011. Media cetak Sepanyol, El Pais, melaporkan pengurusan Real menawarkan £18 juta untuk tempoh setahun di Santiago Bernabeu - cukup untuk memperbaiki kelompongan pasukan yang mengisi tangga ke-4 La Liga ini.

Kebijaksanaan Mourinho juga ditagih untuk menangani masalah kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo beberapa bulan lalu - menyaksikan Real seperti kekasih lama yang belum ''move on'' ketika bekas kekasih kini sudah menawan hati kesayangannya di Itali bersama kehebatan Juventus.

Ketika Mourinho perlu kembali membuktikan kepada dunia bahawa dia masih memiliki sentuhan magis - sikap profesionalnya yang enggan mengulas lanjut hubungan dengan United harus dipuji. Tiada satu yang buruk tentang The Red Devils yang keluar dari mulut Mourinho - sangat berbeza dengan watak 'keras' yang seringkali dipaparkan Mourinho dalam mana-mana sidang media.

Ironinya sebelum ini, bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dikatakan calon terbaik untuk membimbing Manchester United jika Mourinho angkat kaki dari Old Trafford - sebaliknya, hanya tinggal nama Mauricio Pochettino dan Antonio Conte yang menjadi topik perbualan hangat ketika ini. 

Advertisement

Must Watch Video