Bukan mahu puji lebih-lebih, sekadar berkongsi rasa teruja.
Buat sekian lama, sekurang-kurangnya terbit juga corak permainan bola sepak moden yang banyak menerapkan hantaran-hantaran pendek.
Meskipun tidak meraih kejayaan ke atas Jordan, setidak-tidaknya anak buah Datuk Ong Kim Swee berhak diberi sedikit pengiktirafan atas usaha mereka dalam Kejohanan AFC B-23 yang sedang rancak di China ketika ini.
Sesudah dibelasah Iraq 4-1 dalam perlawanan pembukaan Rabu lalu, keputusan 1-1 menentang Jordan di Stadium Changshu semalam memberi kita harapan untuk melihat aksi yang lebih baik dalam perlawanan terakhir Kumpulan C bertemu Arab Saudi Selasa ini, jam 7.30 malam waktu Malaysia.
Tatkala ramai beranggapan Malaysia akan menjadi lubuk mata penuh oleh gergasi Asia Barat, sebaliknya Jordan pula dihampakan.
Berdasarkan rekod di peringkat senior, Malaysia sememangnya mempunyai reputasi tersendiri dalam kalangan wakil Arab seperti Syria, Palestin dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kita harus berpijak di bumi nyata di mana kedudukan bola sepak kita dalam peta dunia ketika ini.
Justeru, aksi seperti menentang Jordan harus menjadi perintis kepada corak permainan skuad negara pada masa depan selepas kita kerap dihidangkan dengan aksi 'bola lambung' sahaja.
Biarpun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki andai mahu melihat skuad negara lebih kompetitif, setidak-tidaknya kumpulan tonggak muda yang ada ketika ini menunjukkan perkembangan positif.
Aksi dengan Jordan jauh lebih menarik berbanding ketika Malaysia muncul naib juara Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Saya percaya Kim Swee akan terus memerah otak untuk mencari gandingan terbaik di atas padang, sepertimana ikrarnya dari awal kejohanan lagi bahawa beliau ingin pemainnya menimba pengajaran berguna.
Kalau terlalu memikirkannya, sudah pasti Malaysia akan mengetengahkan corak bertahan.
Apabila sesebuah pasukan mula menitikberatkan kawalan bola, ia suatu penanda aras buat mana-mana pemain terhadap keperluan mereka untuk memenuhi kriteria teknikal tertentu sebelum layak untuk mengisi skuad negara di pelbagai lapisan skuad.
Ini kerana kita masih mempunyai misi bersama skuad kendalian Bojan Hodak yang akan mengharungi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Indonesia, Oktober depan.
Tidak ketinggalan juga dengan satu lagi pasukan remaja negara yang akan menjadi tuan rumah bagi pusingan akhir Kejohanan AFC B-16, September nanti.
Seterusnya, pasukan senior pula akan diuji dalam Piala AFF Suzuki, hujung tahun ini dengan format baru.
Foto kredit: Facebook FAMalaysiaOfficial