Manchester United mengakhiri kempen musim 2019-20 selepas tewas di peringkat separuh akhir kepada wakil Sepanyol, Sevilla. Dengan kekalahan ini, maka pemain-pemain The Red Devils dapat 'berehat' secara rasminya sementara menunggu perlawanan bagi musim hadapan.
Tidak keterlaluan andai Dayang katakan, Ole Gunnar Solskjaer adalah jawapan sebenar selepas nama-nama besar seperti David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho tidak berjaya memuaskan hati pihak atasan biarpun ada pengurus yang menghadiahkan trofi.
Permulaan Sempurna
Kemasukan OGS daripada Molde FC secara sementara ternyata membawa satu aura baru apabila membawa United memenangi 10 daripada 13 perlawanan, satu perkara yang begitu menaikkan moral pemain dan peminat United selepas aksi lesu di bawah kendalian Jose Mourinho.
Menang ke atas PSG dalam saingan Liga Juara Juara Eropah adalah kemuncaknya apabila OGS diberikan kontrak tiga tahun selaku pengendali di Old Trafford.
Hujan Di Tengah Hari
Namun, langit tak selalu cerah, di saat OGS menandatangani kontrak secara rasmi, kekalahan demi kekalahan dialami dan sudah ada pihak yang mula meragui kemampuannya. OGS bernasib baik kerana pihak pengurusan kelab terus memberikan kepercayaan kepadanya. OGS sebenarnya melakukan rombakan besar-besar tetapi tidak begitu kelihatan dengan mengenepikan beberapa nama besar seperti Romero Lukaku, Ander Herrera, Alexis Sanchez, Chris Smalling dan beberapa pemain lain sama ada dengan cara menjual atau pinjaman. Separuh musim 2019-20 memperlihatkan United masih lagi bergelut untuk tampil konsisten sehinggalah tibanya, Bruno Ferandes!
Penghujung yang Memuaskan
Kehadiran Bruno Fernandes ternyata merubah segala-galanya di dalam kem United. Persembahan mengagumkan yang dipamerkan, sekali gus menyaksikan Bruno terus diberikan kepercayaan untuk menggalas peranan besar dalam kesebelasan utama. Namun, di sebalik perhatian diberikan kepada seorang individu, OGS sebenarnya sedang dalam proses melakukan transformasi ke arah yang positif.
Jika anda seorang pemerhati bola sepak, United sebenarnya sedang mempersiapkan pasukan yang hanya akan 'lengkap' dalam masa dua atau tiga musim mendatang. Kehadiran pemain muda sedang meningkat naik seperti Aaron Wan Bissaka, Scott McTominay, Daniel James, Anthony Martial, Marcus Rashford dan Luke Shaw ternyata memberi nafas baru dalam pasukan, jangan dilupa pula nama-nama baru seperti Mason Greenwood, Brandon Williams, dan Dean Henderson yang masih belum sampai ke kemuncak prestasi mereka lagi.
Dayang percaya, skuad ini akan bertambah baik waktu demi waktu dan tidak mustahil OGS mampu mengemudi United mengepalai pasukan dari England di kejohanan utama Eropah.