SEJURUS dilantik menjadi Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Oktober 2003, Karl-Heinz Weigang tidak menunggu lama untuk membawa beberapa perubahan.
Selain menjelajah ke seluruh pelosok negara dengan kenderaan yang disediakan FAM untuk mengenal pasti bakat baharu, Weigang memperkenalkan beberapa garis panduan dari segi pelesenan jurulatih remaja dan kaedah komunikasi jurulatih kebangsaan dengan rakan sejawatan dalam liga.
Weigang turut menyibukkan dirinya dengan menyenaraikan pemain yang disifatkan bertaraf antarabangsa dalam mempengaruhi jurulatih sementara K. Rajagobal menyediakan skuad negara menentang Jepun awal 2004, di saat Allan Harris ditugaskan melengkapkan tugasan pra-Olimpik.
Selain menyatakan rasa peliknya kenapa hanya ada seorang tenaga pengajar jurulatih iaitu R. Gopalkrishnan dalam FAM, Weigang mengambil inisiatif menghimpun semua jurulatih digaji FAM duduk semeja membincangkan masalah dan hala tuju.
Pada masa yang sama tindak-tanduk Weigang menimbulkan persepsi dia tidak sehaluan dengan Harris, jurulatih kebangsaan dari 2000.
Akhirnya penulis mengambil inisiatif mengumpul Weigang dan Harris dalam satu bilik untuk ditemu ramah (GAMBAR).
Di sebalik perbezaan pendapat mereka, Harris dan Weigang bersetuju bahawa kaedah pembangunan di akar umbi tidak melahirkan pemain mengikut piawaian manakala desakan peminat terhadap keputusan di pentas antarabangsa terlalu tinggi.
“Saya tidak faham kenapa jurulatih kebangsaan berdepan tekanan tinggi daripada media, masyarakat awam dan sesetengah pihak dalam FAM. Seolah-olah Malaysia pernah menjulang Piala Dunia. Jika anda periksa rekod, Malaysia hanya layak ke Piala Asia dua kali dan memenangi gangsa Sukan Asia dua kali,” kata Harris dalam temu ramah pada 2004 itu.
Bagi Weigang pula, pelbagai program pembangunan yang dirangka tidak berhasil.
“Sepasang gunting ada dua bilah yang tajam dirangkap bersama. Satu ketika dahulu Malaysia, Jepun dan Korea Selatan berada di bilah yang sama, tetapi kini jurang di antara dua bilah itu cukup besar,” katanya.
Weigang turut menafikan prasangka bahawa dia tidak sebulu dengan Harris.
“Kami jarang dapat bertemu dan berbincang. Lagipun apabila saya dilantik pada Oktober, saya diberitahu untuk memantau semua pasukan kebangsaan senior mahupun remaja kecuali skuad Bawah 23 tahun kendalian Harris.”
Harris menjelaskan bahawa spekulasi dia tersingkir daripada percaturan FAM tercetus apabila dia pulang bercuti sempena Krismas.
Media rancak menimbulkan spekulasi Weigang selaku pengarah teknikal mahu membawa orang pilihannya sebagai jurulatih kebangsaan, manakala Harris menghitung hari-hari akhirnya.