Anugerah Ballon d’Or 2017 yang dianjurkan Disember lalu dimenangi oleh Cristiano Ronaldo atas pencapaiannya sepanjang tahun lalu.
Sebagai wakil media yang menjadi juri untuk anugerah anjuran France Football itu, penulis memilih Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar menduduki tiga tangga teratas, disusuli Isco dan Paulo Dybala.
Sepanjang dekad yang lalu, Ronaldo dan Messi berkongsi lima anugerah Bola Emas ini, sama ada ia bergelar Ballon d’Or mahupun FIFA Ballon d’Or.
Apakah prospek mereka meneruskan momentum kejayaan pada usia awal 30-an?
Ronaldo menyambut ulang tahun ke-33 bulan depan manakala Messi genap 31 tahun di tengah-tengah kemeriahan Piala Dunia, Jun depan.
Jika Argentina dan Messi menakluki Russia untuk memenangi Piala Dunia, tidak syak lagi bintang Barcelona itu menjadi calon hangat mengutip Ballon d’Or keenamnya.
Ronaldo pula berdepan musim suram bersama Real Madrid sekalipun baru mengangkat Piala Dunia Kelab FIFA. Ditambah rekod Portugal yang kurang menyerlah di pentas antarabangsa biarpun harus tampil di Russia selaku juara Eropah, peluang Ronaldo dianggap tipis jika Real tidak bangkit di bawah Zinedine Zidane.
Siapa pula yang mampu memecah dominasi dua bintang ini?
Nama yang tular dalam kalangan peminat tempatan pula tentunya penyerang Spurs, Harry Kane dan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah.
Dalam tempoh 20 tahun kebelakangan, hanya seorang individu yang bermain di England dinobat sebagai pemenang Ballon d’Or, iaitu Michael Owen, yang membantu Liverpool mencatat kejayaan ‘treble’ atas bimbingan Gerard Houllier pada 2001.
Lima pemenang beraksi dalam Serie A -- Kaka (2007), Fabio Cannavaro (2006), Andriy Shevchenko (2004), Pavel Nedved (2003) dan Zinedine Zidane (1998) -- manakala Ronaldo bersama Inter Milan pada awal tahun sebelum berhijrah ke Real Madrid pada musim panas 2002.
Empat pemenang pula dari La Liga -- Ronaldo (2017, 2016, 2014, 2013, 2008), Messi (2015, 2012, 2011, 2010, 2009), Ronaldinho (2005) dan Luis Figo pada 2000.
Untuk Kane menambat hati juri, dia harus membantu Spurs menguasai arena Eropah dan England membuat kejutan menjulang Piala Dunia di Moscow.
Salah yang baru-baru ini terpilih sebagai Pemain Terbaik Afrika, berpeluang meraih tiga tangga teratas Ballon d’Or jika Mesir melangkah jauh di Moscow dan Liverpool menjulang Liga Juara-juara Eropah.
Jika tidakpun, Messi dan Ronaldo masih lagi memiliki prospek cerah mencatat kejayaan berprestij secara peribadi jika aksi mereka di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan dilihat menonjol.
Bagi Kaka, individu terakhir yang memenangi Bola Emas itu pada zaman sebelum kemunculan Ronaldo dan Messi, rakan senegaranya, Neymar, adalah calon terbaik mewarisi takhta itu.
Ruang untuk Neymar terbuka luas, apatah lagi dia hanya berusia 26 tahun Februari ini, namun Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG) harus bergerak seiring dengan kemampuannya.
Sejarah menunjukkan Neymar harus keluar dari Perancis dan berhijrah semula ke Sepanyol, barangkali ke Real Madrid bagi mencerahkan prospeknya.
Ini kerana antara kelompok yang tentunya memasang angan-angan menjulang Bola Emas itu termasuk rakan senegaranya, Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus, empat serangkai Perancis, Paul Pogba, Kylian Mbappe, Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann, Toni Kroos dari Jerman, Kevin de Bruyne dan Eden Hazard dari Belgium, serta rakan senegara Messi, Dybala.
Juri Ballon d’Or lazimnya menjadikan kejayaan di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan sebagai kayu pengukur dalam membuat undian.
Sebab itu pemain yang dilihat menyerlah dalam liga dan pertandingan peringkat kelab seperti Robert Lewandowski, Pierre Emerick Aubameyang dan Arturo Vidal serta Edinson Cavani jarang-jarang mendapat undian mencukupi untuk tiga tangga teratas Ballon d’Or.
Apakah 2018 menanti nama baharu?