DUA puluh tahun dan tiga bulan yang lalu, penulis berdepan satu insiden yang sukar dilupakan di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Seperti kebiasaan untuk wartawan, interviu pasca perlawanan menjadi satu kewajipan – sama ada dengan jurulatih, pemain atau pengurus.
Namun, dalam keterujaan penulis mendapatkan petikan kata menarik dari dalam bilik persalinan, penulis menerima satu pengajaran berguna.
Jangan masuk ke dalam bilik persalinan pasukan yang tewas!
Beberapa minit selepas Perak tewas 2-0 kepada Sabah menerusi jaringan Jaya Kassim dan Abdullah Awang Adi, penulis menyusup ke dalam bilik persalinan pasukan pelawat.
Maklumlah, Perak ada ramai pembaca The Malay Mail.
Jurulatihnya pula bekas pengendali skuad negara, Karl Weigang. Barisan pemainnya diperkuatkan nama-nama besar seperti Roslan Hamid, Khairul Anuar Baharom dan Azrul Amri Burhan.
Sudut berita dalam minda penulis berlegar sekitar Perak.
Masih segar dalam ingatan penulis bagaimana Samuel Chebli, bintang Perak dari Liberia, yang menunjukkan gaya menggelecek tidak putus-putus tetapi langsung tidak membawa hasil.
Perak juga menguasai permainan tetapi tewas gara-gara jaringan hasil serangan balas kilat.
Persoalan ini yang mahu penulis ajukan kepada Weigang.
Namun, situasi tidak mengizinkan.
Walaupun Weigang mengenali penulis, dia tidak teragak-agak menghalau penulis keluar dari bilik persalinan Perak.
“Get out!” bentaknya.
Khaidir Buyong (kini Datuk) yang menjadi penolong Weigang waktu itu, cepat-cepat meredakan keadaan dengan memujuk penulis agar keluar.
“Keluar dulu, nanti kita cerita,” kata Khaidir.
Weigang yang penulis temu bual dengan cukup mesra di Chiangmai, baru tiba di Perak dan dalam keadaan tertekan waktu itu.
Kekalahan di tangan Sabah membuktikan Perak belum lagi menemui rentak, dan masih tercari-cari mata dan jaringan pertama dalam liga.
Agak-agak apa reaksi penulis?
Generasi wartawan hari ini barangkali harus meluahkan perasaan dalam media sosial terhadap layanan sedemikian, namun penulis hanya mengetap bibir dan menunggu peluang bersemuka dengan Weigang.
Keesokannya, penulis pulang ke Kuala Lumpur lalu menulis laporan yang lebih berunsur cadangan cara terbaik untuk Perak bangkit.
Ia disiarkan akhbar The Malay Mail pada Isnin, 28 April 1997.
Ringkasnya, penulis merumuskan pergerakan dan corak permainan Chebli tidak dapat dibaca dua serangkai penyerang – Zlatko Vidan dan Mat Zahir Wahab.
Penulis mencadangkan agar Weigang menurunkan semula Azrul yang sekadar memanaskan bangku simpanan di Likas.
Desas-desus waktu itu bertiup kencang bahawa Azrul tidak gemar corak latihan keras Weigang, namun penulis menganggap kemahiran teknikal dan kemampuan Azrul mengirim hantaran dan umpanan tepat kepada rakan sepasukan adalah satu aset yang tidak harus dibazirkan di bangku.
Insiden dihalau dari bilik persalinan sedikitpun tidak penulis nukilkan di atas kertas.
Memori ini hanya penulis kongsi untuk tatapan umum selepas kematian Weigang bulan lalu.
Tanpa sekelumit rasa marah di antara kami, insiden itu sebenarnya menjadi bahan bualan kami apabila Weigang ditakdirkan kembali ke Wisma FAM pada lewat 2003!
BAHAGIAN KETIGA: Menjadi pendamai di antara Weigang dan Allan Harris!