Skip to main content

Rencana

Memburu merit, menyusur jalan belakang

badminton_8.jpg
Ini dilema yang jadi ranjau buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam memastikan skuad negara ke pusingan akhir Piala Thomas dan Uber.

Untuk layak secara merit ke pusingan akhir di Bangkok, Thailand pada Mei adalah mudah, tamatkan kempen kelayakan, Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah Februari ini dalam kelompok empat terbaik.

Ini bermakna Malaysia pilihan ketujuh bagi skuad lelaki dan pilihan kelapan untuk skuad wanita sekurang-kurangnya wajib ke separuh akhir.

Akan tetapi status pilihan bawahan ini bakal menyaksikan Malaysia berkemungkinan besar diundi sekumpulan dengan lawan lebih berkualiti seperti China, Indonesia, Jepun mahupun India. 

Saya menaruh segala keyakinan bahawa skuad negara, lelaki dan wanita akan cipta keajaiban di bumi sendiri.

Jika tersungkur di Alor Setar bagaimana?

Persektuan Badminton Dunia (BWF) akan melihat kepada ranking dunia untuk mengisi kuota tiga lagi kekosongan selepas selesai proses kelayakan.

Dalam soal ini, Malaysia ada waktu sehingga Mac untuk meningkatkan ranking negara setinggi boleh dengan syarat pemain yang dihantar menyertai kejohanan bermula Januari ini perlulah peroleh keputusan positif.

BAM sebenarnya ambil langkah bijak dengan menyusun baik strategi disifatkan sebagai "Pintu Belakang" untuk ke Piala Thomas & Uber andai kecundang dalam pemburuan tiket merit.

Jika ada yang mengkritik pendekatan ini saya akur kerana tidak setaraf dengan status Malaysia sebagai kuasa besar, tetapi kadangkala adalah baik untuk mengetepikan ego dalam memastikan tidak berputih mata di penghujungnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video