Australia selama ini cukup sinonim dengan status powerhouse hoki No. 1 dunia tetapi kegagalan menjuarai Sukan Olimpik 2016 telah mengubah segala-galanya.
Pasukan dengan gelaran Kookaburras itu buat pertama kali dalam satu tempoh yang lama jatuh ke ranking kedua dunia, di pintas juara Sukan Olimpik 2016, Argentina.
Ia telah menyedarkan jaguh benua Oceania itu untuk melakukan rombakan pasukan dengan membawa masuk ramai pemain-pemain muda dan tidak boleh lagi terlalu bergantung harapan kepada tonggak senior.
Kejayaan demi kejayaan mula diraih selepas itu dan status sebagai pasukan No. 1 dunia kembali menjadi milik Kookaburras.
Mereka sekali lagi membuktikan layak bergelar sebagai pasukan No. 1 dunia apabila mara ke final Trofi Juara-Juara yang sedang berlangsung di Breda, Belanda ketika ini.
Empat perlawanan kejohanan format round robin itu menyaksikan Australia masih kekal tanpa kalah menerusi tiga kemenangan dan satu seri, 3-3 dengan ranking ketiga dunia, Belgium.
Tiga kemenangan Australia ialah 2-1 ke atas Pakistan (No. 13 dunia), 3-2 dengan India (No. 6 dunia) dan 3-1 terhadap Belanda (No. 4 dunia).
Selain Australia, saya tertarik melihat prestasi India yang bakal menjadi pencabar utama pasukan kebangsaan untuk meraih pingat emas Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos depan.
India membuktikan status mereka sebagai juara Asia apabila mencipta kejutan mengetepikan cabaran dua gergasi Eropah, Belgium dan Belanda untuk menduduki tangga kedua carta liga round robin ketika ini.
Malah, India adalah pasukan paling sedikit melepaskan gol dalam kejohanan dengan gawang mereka cuma bocor lima kali sahaja.
Peluang India layak ke final kejohanan itu untuk bertemu Australia bergantung kepada keputusan menentang Belanda tetapi ia bukan mudah kerena kedua-duanya memerlukan kemenangan untuk meraih slot tersebut.