"Kita tidak mahu bila sampai masa jika Mat Zan gagal, baru hendak lakukan perubahan."
Itu ungkapan Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, pada November tahun lalu selepas juara Liga Perdana 2016 itu membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak jurulatih, Mat Zan Mat Aris.
Kontrak Mat Zan tidak disambung walaupun berjaya menjuarai Liga FAM 2015 dan Liga Perdana 2016, sekaligus membawa Melaka United (MU) ke saingan tertinggi Liga Malaysia, Liga Super, dalam masa dua tahun.
Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan perubahan yang dilakukan pihak MUSA dalam merencanakan pasukan untuk bersaing di peringkat tertinggi?
Mungkin ada sesetengah pembaca yang menganggap penulis terlalu negatif untuk mengklasifikasikan perubahan yang berlaku dalam kem skuad Hang Tuah. Tepuk dada, tanya selera. Usah mudah menepuk kepala.
Selepas menjuarai Liga Perdana, Melaka United mengumumkan lebih daripada separuh pemain tidak disambung kontrak, termasuk watak utama yang menjuarai liga seperti Ahmad Solehin Mamat, Yashir Pinto, Labinot Harbuzi serta Iskandar Hanapiah. Bagaimana nak kekalkan momentum jika separuh pemain hilang?
Kehadiran Eric Williams menggantikan tempat Mat Zan dilihat sebagai satu prospek utama perubahan MU, namun kebanyakan pemain baru telah menyertai pasukan sebelum Eric tiba di Melaka. Mana satu langkah yang tepat untuk didahulukan? Tandatangani pemain atau dapatkan pengendali?
Tidak hairan mengapa Eric pernah menyuarakan pendapatnya mengenai pemain yang dimiliki tidak sesuai dengan corak permainan yang ingin diterapkan, seterusnya gagal menterjemahkan taktikal yang dibawa di atas padang.
Akibatnya, prestasi Melaka jatuh merudum dalam pusingan pertama Liga Super 2017 sehingga menyebabkan Eric direhatkan dan tempatnya digantikan oleh bekas pengendali T-Team, Eduardo Almeida.
Lebih memeranjatkan, khidmat pemenang kasut emas Liga Malaysia 2016, Ilija Spasojevic, turut dilepaskan. Pemain import dari Argentina, Sergio Aguero, turut ditamatkan kontrak walaupun aksi lincahnya sentiasa memukau peminat skuad Sang Kancil.
Benar, untuk mencapai kejayaan, pengorbanan perlu dilakukan. Pekakkan telinga kerana akan sentiasa ada suara sumbang yang mencari cacat-cela dan kekurangan.
Namun, harus berhati-hati kerana ada kalanya suara sumbang itulah yang memberikan idea yang bernas, terutama jika ia datang daripada peminat tegar sesebuah pasukan.

Kini, beberapa nama yang segar membarisi skuad Hang Tuah. Bekas penyerang Negeri Sembilan, Marko Simic, sudah membuktikan ketajamannya di gawang lawan.
Ditambah dengan suntikan baru pemain-pemain seperti Azinee Taib, Jasmin Mecinovikj dan Felipe de Almeida Souza diharapkan mampu memberikan nafas baru buat MU walaupun semua tahu rombakan besar-besaran setiap kali jendela perpindahan dibuka bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak.
Leicester City tidak mendapatkan 10 pemain baru tetapi masih mampu memenangi Liga Perdana Inggeris 2015/16.
Ya, kehadiran Claudio Ranieri juga menimbulkan kontroversi sedikit masa lalu tetapi harus diingat, dia diberi peluang untuk membuktikan kredibilitinya selama satu musim dan bukan hanya enam bulan!
Apa yang dah berlalu biarkan saja. Pemain yang terkini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan kesabaran perlu ada jika benar MUSA mahu membina skuad Melaka United yang teguh.
Walaupun kini berada di tangga ke-11 Liga Super dan penyingkiran ke Liga Perdana bukan sesuatu yang mustahil, teruskan membina semula tembok yang sedang 'roboh'.
Perlu diingat, bukan mudah mendapatkan seorang Antonio Conte – yang memenangi kejuaraan pada musim pertama – tetapi bukan senang untuk memiliki individu seperti Sir Alex Ferguson yang membina pasukan lebih daripada lima tahun. Inilah bola sepak.