Skip to main content

Rencana

Matic datang, Pogba-Herrera senang

herrera,-matic,-pogba_1.jpg
Jose Mourinho mengotakan janjinya apabila menandatangani bekas anak buahnya di Chelsea, Nemanja Matic, melalui perpindahan bernilai GBP40 juta (RM226 juta).

Kehadiran Matic dilihat sebagai satu penambahan yang baik buat The Red Devils bagi mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kali terakhir memenanginya empat tahun lalu.

Sejauh manakah kelebihan yang mampu dijana oleh Matic?

Ada sesetengah pihak menganggap pembelian pemain Serbia itu agak merugikan kerana dia baru sahaja memasuki usia 29 tahun sehingga menyebabkan timbul isu bahawa Matic hanya merupakan penyelesaian jangka pendek buat United.

Namun, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Matic telah melakukan sebanyak 240 halangan dan menyekat 221 pergerakan sejak tiba di EPL pada Januari 2014.



Rekod tersebut merupakan jumlah paling tinggi berbanding kesemua pemain tengah yang dimiliki oleh kedua-dua Chelsea dan Manchester United dan pengalaman di pentas EPL pastinya memberikan kelebihan buat bekas pemain Benfica itu.

Selain itu, jika dilihat pada kebanyakan formasi yang diterapkan oleh Mourinho pada musim lepas, pengendali dari Portugal itu sering meletakkan Paul Pogba sebaris dengan pemain tengah bertahan seperti Michael Carrick dan Marouane Fellaini.

Terdapat juga perlawanan yang menyaksikan Pogba terpaksa bermain sebagai ‘pemain nombor 10' di belakang Zlatan Ibrahimovic atau Wayne Rooney.

Ia jelas bukan satu posisi yang ideal buat Pogba kerana ketika di Juventus mahupun Perancis, bekas produk skuad muda United itu lebih gemar berlegar di bahagian tengah secara bebas.

Bersama Bianconeri, Pogba memiliki Arturo Vidal, Andrea Pirlo atau Sami Khedira di belakangnya dan dalam skuad kebangsaan Perancis, dia disokong oleh Geoffrey Kondogbia atau pemain Paris-Saint Germain (PSG), Blaise Matuidi.

Situasi sama juga dilihat pada pemain Sepanyol, Ander Herrera, yang turut menerima dilema sama seperti Pogba, pemain midfield bebas yang terpaksa berhempas-pulas turun ke bawah menjaga barisan depan pertahanan dan kadang-kala terpaksa bekerja keras untuk membuka ruang kepada penyerang.



Kesebelasan utama di atas sudah cukup untuk membenarkan Pogba dan Herrera menjalankan tugas selaku nadi utama di bahagian tengah United pada musim 2017/18.

Ditambah dengan kelajuan di bahagian sayap daripada Marcus Rashford dan Anthony Martial, tidak mustahil The Red Devils mampu mencipta rekod baru dalam EPL, dengan kejuaraan liga ke-21.

Advertisement

Must Watch Video