Skip to main content

Rencana

Masih Tidak Bertuah

newcastle.jpg
Lapan perlawanan di Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kemenangan bukanlah satu keputusan yang diinginkan Rafael Benitez dalam membimbing Newcastle United.

Pertemuan berdepan The Red Devils di Old Trafford Sabtu lalu sebenarnya adalah waktu terbaik buat Newcastle United untuk mendapatkan tiga mata berharga.

The Magpies sudah pun mendahului 0-2 hasil jaringan Robert Kenedy dan Yoshinori Moto pada babak pertama, namun bersambung babak kedua, benteng Newcatle United dilihat terlalu rapuh sehingga dibolosi tiga kali sekaligus memadamkan impian Rafael Benitez untuk mendapatkan kemenangan yang pertama.

Selaku pasukan yang baru naik dari liga divisyen satu dan tiada nama besar, Newcastle United dilihat begitu bergelut untuk mendapatkan rentak kemenangan. Dengan hanya beberapa pemain senior seperti Jonjo Shelvey dan Solomon Rondon, kekurangan pemimpin di atas padang mungkin menjadi salah satu punca mengapa mereka kini berada di tangga kedua terbawah liga.

Penulis amat berharap agar rentak kemenangan mampu dicari dan selaku peminat The Magpies, penulis amat berharap mereka mampu keluar dari tangga tiga terbawah liga dan tidak kembali tersingkir ke liga divisyen satu.

Selepas ini, dalam tiga perlawanan akan datang, Newcastle United akan berdepan Brighton, Southampton dan Watford. Di atas kertas, ketiga –tiga lawan mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik di liga, namun penulis percaya rentak kemenangan mampu dijelmakan oleh Rafael Benitez dan anak-anak buahnya.

Advertisement

Must Watch Video