Skip to main content

Advertisement

Rencana

Masih awal untuk Jawairiah selesa?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jawairiah-nordin.jpg
"Setiap permulaan pasti ada penghujungnya." Sinonim dengan kebanyakan jenis sukan untuk pemain bergelar jurulatih adalah perkara biasa. Apabila seseorang itu menempah nama sebagai atlet, kemungkinan untuk mengakhiri karier sebagai jurulatih itu pasti. Contohnya, seperti bekas atlet antarabangsa, Ivan Ljubicic dan Mary Joe Fernandez, tidak ketinggalan juga buat bekas pemain nombor satu negara Jawairiah Noordin.

Setahun menggantung raket, Jawairiah membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan karier tenisnya sejurus mendapat berita berkenaan sukan itu tidak lagi berada di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Semua orang perlu membuat sesuatu untuk menampung kehidupan, saya lebih 'enjoy' buat 'private coaching' buat masa ini” ujarnya. 

MSN dan atlet tenis semestinya seperti aur dengan tebing. Bila tebing hendak runtuh, aur perlu memautnya. Kini, bidang kejurulatihan menjadi keutamaan Jawairiah di Pulau Pinang, yang juga merupakan negeri kelahirannya. 

Jawairiah kembali ke gelanggang selepas menerima lamaran bekas jurulatih, S. Selvarajoo, menjelang aksi Kejohanan Kumpulan 2, Piala Konfederasi Asia-Oceania yang berlangsung di Kuala Lumpur. 

Kali ini, dia digandingkan pula bersama pemain-pemain muda seperti Sara Nayar, Syarifah Elsa dan Syarifah Elysia untuk kategori senior dalam aksi berkumpulan serta menjadi sandaran utama skuad kebangsaan. 

Selain menerima cabaran diklasifikasikan dengan pasukan pilihan utama seperti Uzbekistan, Jawairiah perlu memupuk persefahaman bersama pemain muda dalam masa yang singkat dan berjaya mengakhiri kejohanan di tempat ke-4 baru-baru ini.

Apabila penulis bertanya “Selepas kejohanan ini, adakah akan meneruskan kerjaya sebagai seorang atlet negara?", bagai damak beracun disumpitkan ke ulu jantungnya, mukanya berubah dan mengambil sedikit masa untuk menjawab.

“Tengok keadaan, sebab saya pun belum pulih sepenuhnya, lutut ni nak pakai lama. Lagipun hati ni ada dalam 30% je rasa nak bermain untuk Malaysia.”

Benarlah kata pepatah "telur yang diidam-idamkan, ayam di reban habis disiang." Jelas kelihatan wajahnya yang masih mahu berbakti untuk negara tetapi “we gotta earn for living”. 

Advertisement

Must Watch Video