Skip to main content

Rencana

Masih ada yang lain selain Rexy Mainaky

rext.jpg
Khabar angin membabitkan arena badminton tempatan ditiupkan dengan satu desas-desus untuk menyunting semula bekas jurulatih beregu lelaki negara, Rexy Mainaky yang bakal tamat kontrak dengan Persatuan Badminton Thailand tahun depan.

Ia bukanlah perkara baru, memandangkan sebelum ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah menyatakan untuk menyunting legenda Indonesia itu untuk jawatan pengarah kejurulatihan negara pada 2018, namun penyatuan semula itu tidak menjadi, sebaliknya jawatan itu diamanahkan kepada Wong Choong Hann yang memegangnya sehingga kini.

“Kami tidak berminat untuk membincangkan perkara-perkara yang hanya berasaskan khabar angin” komen ringkas Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika diminta mengulas isu ini.

Rexy kini memegang jawatan sebagai pengarah prestasi tinggi di negara itu setakat ini cemerlang menjadikan Thailand antara kuasa yang mencabar badminton dunia. 

Lima pemain perseorangan lelakinya dalam kelompok 50 terbaik dunia, naib juara Piala Uber edisi lalu selain prestasi yang cemerlang di Kejohanan Dunia 2019, dengan Kantaphon Wongcharoen menjadi perseorangan lelaki pertama Thailand memenangi gangsa di pentas itu, manakala Dechapol Puavanarokh dan Sapsiree Taerattanachai memenangi pingat perak dalam acara beregu wanita.

Ia sebahagian daripada kejayaan yang dibantu Rexy untuk menaikkan Thailand di mata dunia.

Benar Rexy punyai kredibiliti tersendiri, antara arkitek terbaik membentuk gandingan mantap pernah dimiliki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong suatu ketika dahulu. Namun masih terdapat nama-nama lain jika BAM benar mahu merealisasikan impian emas pertama Sukan Olimpik Malaysia, kerana suka atau tidak, badminton adalah salah satu prospek terbaik Malaysia untuk meraihnya selain sukan terjun dan berbasikal trek.

Nama memang banyak, soalnya antara sanggup atau tidak sahaja.
 

Advertisement

Must Watch Video