Skip to main content

Rencana

Masalah Martial, Manchester United & Mourinho

martial-2.jpg
Siapa masalah ketika ini Anthony Martial, Manchester United atau pengurusnya Jose Mourinho.

Tiada siapa benar mengenali Martial sehinggalah United membayar harga mahal mendapatkan khidmatnya.

2015 pada usia 19 tahun menerusi nilai keseluruhan berupaya mencecah 58 Juta Pound daripada AS Monaco.

Penampilan pertamanya dikenang sehingga hari ini, jaringan yang memastikan kemenangan ke atas seteru tradisi, Liverpool.

Akhirnya penerus kepada legasi pemain hebat di United memperagakan nombor ikonik 9 di belakang jersi.

Tidak semuanya indah buat Martial, saat mahu menjadikan nombor 9 itu sebagai satu jenama tersendiri, datangnya Zlatan Ibrahimovich merampas jersi dan kedudukan dalam kesebelasan utama.

Kemudian diberikan penghormatan menyambung penggunaan jersi nombor 11 yang kali terakhir dijulang seorang legenda United, Ryan Giggs.

Tetapi, aksi tidak konsisten di bahagian sayap seperti Giggs walaupun ada waktu menampakkan bibit bakat yang menakjubkan.

United tidak mahu kehilangan Martial, Mourinho tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan Martial dan Martial seperti tidak lagi mahu berada di Manchester.

Siapa yang masalah sekarang ini?

United dan pemain bintang berpisah tiada, ingat lagi Jaap Stam, David Beckham atau Ruud Van Nistelrooy.

Mereka meneruskan kehidupan di tempat lain begitu juga United sebagai antara gergasi dunia.

Satu kekecewaan sekiranya takdir Martial bukan di Manchester, tetapi Mourinho perlu lakukan sesuatu agar kesinambungan diteruskan tanpa pengkritik menunding jari menjadi saga ini sebagai kejatuhannya satu hari n

Advertisement

Must Watch Video