Siapa sangka dalam senyum ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil, tersimpan satu bebanan yang di pegang sekian lama.
Keputusan persaraan yang diambil lapan tahun lalu melewati masalah yang tidak berpenghujung apabila pendirian ekuin ini rupanya tidak seiring dengan Persatuan Ekuestrian Malaysia.
"Kami sering tidak sependapat. Itu membuatkan saya ambil keputusan untuk bersara dan Sukan Asia Guangzhou 2010 pentas terakhir kemunculan saya di peringkat Asia".
Bagaimanapun tempoh lapan tahun masih gagal untuk pihak persatuan mencari pengganti seperti Qabil yang menyaksikan pentas Sukan SEA 2017 sebagai kemunculan semula Qabil demi membantu negara atas permintaan mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Qabil kekal dengan pendirian melewati jumlah perbelanjaan yang tidak diterima pihak persatuan yang menyaksikan ekuin ini melakar pelan sendiri untuk proses latihan luar negara, belanja kuda dan lain-lain hal yang secara jelas memainkan sejumlah wang yang cukup besar.
Itulah Qabil Ambak. Syarat yang ditetapkan cukup jelas, untuk mencetak kejayaan perbelanjaan memainkan peranan selain dasar profesional selaku ekuin berpengalaman yang bukan lagi di peringkat untuk menerima pendedahan.
Isu setahun lalu di Kuala Lumpur berulang lagi. Kali ini kota bertuah Jakarta pula menjadi saksi.
"Atas nama negara dan cinta saya pada sukan ini membuatkan saya sanggup keluar belanja sendiri. Hampir RM1 juta saya habiskan untuk persediaan ke Sukan Asia tanpa bantuan pihak persatuan".
Kesukaran Qabil tidak terhenti di situ, entah di mana silapnya, pihak persatuan membatalkan penempatannya bersama dua lagi ekuin negara dan pasukan sokongannya di perkampungan sukan selain urusan akreditasi turut diselesaikan sendiri atlet ini.
Itu jawapan kepada pemergian awal Qabil ke Jakarta, atas urusan logistik yang bukan di bawah tanggungjawab atlet sebenarnya.
"Tiada paksaan. Ini atas dasar cinta saya dengan sukan ini dan menjadi tanggungjawab saya untuk mengharumkan nama negara".
Penulis mengakhiri perbualan dengan persoalan yang ditinggalkan Qabil, sama ada akan terus bergelar ekuin negara atau mengumumkan persaraan kali kedua selepas apa yang berlaku pada 2010.