Skuad Manchester United, yang sedang dalam proses melakukan penambahbaikan berikutan prestasi hambar musim lalu, dikhabarkan bersedia melakukan transformasi di jentera serangan dengan meletakkan Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai pemain utama, sekaligus mengetepikan seorang lagi bintang, Romero Lukaku.
Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, dilaporkan bersedia melakukan rombakan besar-besaran dengan mengubah taktikal permainan berdasarkan keupayaan dan kemampuan dua bintang muda tersebut.
Rashford baru sahaja menandatangani kontrak baru, begitu juga dengan Martial yang mempunyai kontrak panjang. Bagaimanapun, Lukaku, yang dikatakan masih tidak cergas akibat kecederaan, dikhabarkan sedang diintai rapat Inter Milan.
Pihak pengurusan United dilaporkan bersedia melepaskan penyerang Belgium itu bagi mendapatkan dana tambahan untuk membeli beberapa pemain baru. Laporan media antarabangsa mendakwa tawaran pertama Inter bernilai £54 juta (RM277.1 juta) telah ditolak oleh United yang mahukan sekurang-kurangnya £70-80 juta (RM360-410 juta) untuk penyerang berusia 26 tahun itu. Kini, United sedang menunggu bidaan kedua daripada Inter Milan memandangkan pengendali mereka, Antonio Conte, mahukan Lukaku dalam perancangannya.
Lukaku masih belum beraksi dalam sebarang perlawanan pra-musim The Red Devils dan ini secara tidak langsung memberi ruang dan peluang buat OGS merencana barisan penyerang dengan menggunakan pemain sedia ada.
Dengan jendela perpidahan akan tertutup penghujung Ogos nanti, United dikhabarkan akan menambah sekurang-kurangnya satu atau dua pemain lagi dengan nama Harry Maguire, Bruno Fernandes dan Sean Longstaff berada dalam radar Solskjaer.