Skip to main content

Rencana

Manfaat penggunaan pengadil luar

takuto-okabe-pengadil-jepun.jpg
Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pentadbir Liga Malaysia, MFL menggunakan pengadil dari Jepun, Takuto Okabe di final Piala FA pada 27 Julai 2019 lalu mengundang pelbagai reaksi.

Bagi penulis, penggunaan pengadil luar pada aksi final sebenarnya adalah satu langkah yang baik tetapi, pada waktu sama kita tidak boleh menganak tirikan pengadil tempatan.

Ia adalah langkah yang baik kerana, pemain tempatan yang beraksi di pentas final akan terdedah dengan cabaran berinteraksi dengan seorang pengadil FIFA.

Ia sekali gus memberi persediaan yang baik buat pemain apabila mereka beraksi bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Penulis masih ingat beberapa insiden sebelum ini, yang menyaksikan beberapa pemain negara melakukan kesilapan atau kekasaran dalam aksi getir yang mengundang layangan kad merah selain turut merugikan barisan negara.

Pada aksi final Piala FA lalu, penulis dapati Okabe cukup tegas melaksanakan tugasnya.

Dia tidak teragak-agak memberikan sepakan percuma serta layangan kad dan tampak yakin dengan setiap keputusan dibuatnya.

Okabe juga cukup profesional dan tidak kelihatan berat sebelah kepada mana-mana pasukan.

Namun, sudah pasti FAM serta MFL juga perlu memastikan pengadil tempatan dapat belajar bagaimana seorang pengadil bertaraf antarabangsa seperti Okabe mengendalikan perlawanan.

Mungkin FAM perlu juga merangka kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dan mendalami kaedah latihan mereka buat pengadil.

Jadi kesimpulan isu ini bagi penulis, tidak salah menggunakan pengadil luar tetapi, pastikan pengadil kita turut meraih sesuatu dalam usaha meningkatkan mutu pengadilan tempatan.

Penulis percaya, bukan mustahil buat Malaysia kembali menghasilkan pengadil bertaraf dunia kerana kita sudah pun melakukannya sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video