Pengendali sementara pasukan England, Gareth Southgate, yang akan membimbing England dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 pada 11 November bertemu Scotland, dan perlawanan persahabatan bertemu Sepanyol empat hari kemudian, dijangka berdepan cabaran sukar.
Jika tewas dalam kedua-dua perlawanan, kemungkinan besar beliau akan kehilangan jawatan yang disandang.
Di barisan pertahanan, beliau masih mempercayai Joe Hart yang beraksi cemerlang buat Torino sebagai penjaga gol no. 1.
Namun dua lagi penjaga gol, iaitu Tom Heaton dan Jordan Pickford, bukanlah pilihan terbaik memandangkan kedua-duanya gagal mempamerkan persembahan terbaik bersama kelab.
Ketiadaan Chris Smalling dan Luke Shaw yang mengalami kecederaan, turut membuka ruang buat Aaron Cresswell dan Michael Keane tersenarai bersama muka-muka lama seperti Gary Cahill, Phil Jagielka dan Kyle Walker.
Bahagian tengah masih dikemudi ketua pasukan yang mengalami masalah prestasi, Wayne Rooney, dan bakal dibantu pemain yang berada di puncak prestasi – Jordan Henderson, Eric Dier dan Theo Walcott.
Turut tersenarai adalah Rahim Sterling, Andros Townsend, Jesse Lingard, Adam Lallana dan tidak lupa, Jack Wilshere.
Dengan senarai pemain yang ada, bahagian tengah England dilihat mampu mengemudi enjin pasukan mereka dengan baik.
Cuma sedikit merisaukan adalah bahagian serangan yang menyaksikan senarai pemain dipilih agak meresahkan kerana kesemua mereka tidak mampu tampil garang bersama pasukan kelab masing-masing.
Harry Kane, Daniel Sturridge, Jamie Vardy dan Marcus Rashford masing masing menjaringkan kurang daripada lima gol dalam saingan liga.
Mungkin sudah tiba masa buat Southgate mempertimbangkan pemain seperti Charlie Austin yang sedang berada di kemuncak prestasi bersama kelab yang diwakili.
Dengan pasukan The Three Lions kini menghuni tangga ke-12 dalam ranking dunia FIFA, pengendali berusia 46 tahun yang berasal dari Watford itu sudah tentu mengharapkan kemenangan mampu dijelmakan anak-anak buahnya biarpun dilanda krisis prestasi beberapa pemain utama.