Kemeriahan dan kehangatan saingan Liga Super musim 2021 semakin dirasai, hanya tinggal 7 hari sahaja lagi saingan Liga Malaysia akan dimulakan. Pelbagai promosi dan aktiviti dilakukan setiap pasukan terutama terutama di media sosial masing-masing yang bertujuan untuk menarik perhatian penyokong-penyokong masing-masing selain persiapan yang dilakukan setiap pasukan termasuklah Johor Darul Ta’zim selaku juara bertahan 7 kali berturut-turut Liga Super. Sebagai juara bertahan sudah tentulah Johor DT ingin mempertahankan sekali lagi kejuaraan untuk kali ke 8 dan terus mencipta sejarah luar biasa dalam bola sepak Malaysia.
Dengan itu sekali lagi Benjamin Mora diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan impian rakyat Johor Darul Ta’zim dan pemilik kelab Johor DT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ini satu tugasan berat dan mencabar untuk Mora kerana ini merupakan tugas sendirian yang di pikul Mora setelah ketiadaan Luciano Figueroa. Selama dua musim Mora dan Figueroa bergandingan yang membawa kejayaan yang gemilang untuk pasukan Johor DT. Ini merupakan satu gandingan yang mantap terutama daripada Figueroa yang mempunyai aura tersendiri sebagai seorang pengurus kerana latar belakangnya sebagai bekas pemain antarabangsa Argintina dan juga pemian import yang begitu lama berkhidmat bersama Johor DT sehingga berjaya mencipta kejayaan yang besar seperti juara Piala AFC 2015.
Advertisement
Walaupun Mora yakin dengan kemampuannya untuk menggendalikan namun ia masih lagi menjadi persoalan bagi segelintir penyokong-penyokong Johor DT dan pemerhati bola sepak negara. Ia berdasarkan kemampuan Mora sebelum ini ketika menggendalikan skuad Johor DT II tanpa Figueroa disisinya. Dimana Mora tidak mempunyai kejayaan yang boleh dibanggakan ketika itu kerana Johor DT II hanya mampu menduduki tangga ke 4 saingan Liga Perdana pada musim 2017 dan 2018. Inilah masanya untuk Mora buktikan yang dirinya boleh membawa kejayaan pada Johor DT tanpa kelibat Figueroa.
Apa Mora perlukan ketika ini hanyalah sokongan daripada pemain-pemainnya dan perlu bertindak bijak dalam melayani dan menyantuni penyokong-penyokong Johor DT. Dimana Mora tidak boleh bersikap meninggi diri kepada penyokong-penyokong Johor DT walaupun sokongan kuat diberikan pemilik Johor DT supaya ia tidak memakan diri Mora sendiri dilemudian hari. Sokongan penyokong ketika ini amat penting untuk Mora supaya aura penyokong itu memberi kekuatan kepadanya untuk meyakinkan pemain-pemain Johor DT setelah ketiadaan Luciano Figueroa yang dianggap sebagai idola dan mentor serta dihormati pemain-pemain Johor DT sebelum ini.