Malaysia tewas 0-6 kepada India dalam aksi pembukaan Kejohanan Ujian Sukan Olimpik di Stadium Hoki Oi, Tokyo, Jepun.
Keputusan ini mengejutkan selepas mempamer aksi memikat sepanjang program Jelajah Eropah.
Sama ada pemain kepenatan selepas mengharungi jadual ketat tiga minggu di eropah, berehat sehari di tanah air sebelum berangkat ke Jepun.
Terdapat enam pertukaran pemain.
Perbezaan utama ialah The Malaysian Hockey Tigers beraksi tanpa trio utama, Muhammad Razie Abd Rahim (pertahanan), Faizal Saari dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (penyerang).
Kubu dan ketajaman serangan pasti tidak sama.
Mereka antara pemain paling senior dengan gabungan lebih 500 kap.
Malah, Razie dan Faizal ialah penjaring utama ketika di jelajah eropah dimana secara keseluruhan Malaysia mencatat 20 gol.
Namun, adakah ia boleh dijadikan alasan? Tewas 0-6 kepada India - tiga bulan menjelang playoff kelayakan Sukan Olimpik?
Dalam tempoh ini, adakah kita boleh menerima kekalahan besar?
Hanya Oltmans mempunyai jawapan kerana beliau merangka program periodisasi, mengubah posisi pemain dan menguji taktikal.
Apa yang melegakan, ini bukan kekuatan sebenar Malaysia kerana Oltmans sedang menguji pemain menerusi proses pemilihan bentuk skuad terbaik menghadapi aksi play-off kelayakan Olimpik, November depan.
Cuma, kita tidak mahu melihat satu lagi kekalahan besar menentang Jepun atau New Zealand di Tokyo kerana ia pasti menjejaskan momentum baik.
Tidak ada istilah pemain simpanan dalam hoki.
Jadi pemain di Tokyo perlu membalas kepercayaan Oltmans, jaga reputasi baik yang dibina sejak bulan lalu.