Kejayaan S. Kumar dinobatkan Penjaga Gol Terbaik Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan, Pahang bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia sudah sinonim dengan gelaran itu.
Bukan saja di pentas Asia, malah penjaga gol kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu turut diiktiraf antara yang terbaik di dunia.
Trofi Juara-Juara Asia Wanita pula berlangsung di Singapura.
Malaysia raih tangga tercorot di kalangan lima pasukan bertanding, namun ada sinar dihujung terowong.
Kejayaan menewaskan bekas juara Asia, Jepun, 2-0 di peringkat liga membuktikan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berpotensi cipta kejayaan pada Pusingan Kedua Liga Dunia di Kuala Lumpur, Januari depan.
Malaysia perlu menamatkan cabaran dalam kelompok tiga terbaik untuk layak ke Separuh Akhir Liga Dunia, yang juga kelayakan Piala Dunia Wanita 2018 di mana Malaysia tidak pernah menjejakkan kaki ke saingan itu.
Tamat kejohanan, India dinobatkan juara diikuti anugerah buat pemain.
Ketika nama Farah Ayuni Yahya diumumkan sebagai Penjaga Gol Terbaik, kem negara bersorak riang.
Ia kepuasan tidak terhingga buat rakan sepasukan dan pengendali kerana selama ini, Malaysia hanya diletakkan sebagai pasukan underdog.
"Bangga melihat penjaga gol hoki Malaysia diiktiraf terbaik di peringkat antarabangsa. Kami akan terus berusaha agar anugerah ini kekal milik Malaysia sebagai pembakar semangat untuk rakan sepasukan yang berjuang mencari gol.
"Biar mereka tahu bahawa kita mempunyai seseorang yang boleh diharapkan sebagai benteng terakhir negara," kata Kumar.
Ini baru permulaan.
Langkah yang penting untuk Malaysian Tigress, ranking ke-21 dunia, catat sejarah layak ke Piala Dunia 2018, kali pertama dalam sejarah hoki negara.