Skip to main content

Rencana

Makan tidur ping-pong

pingpong.jpeg
Dia buat penampilan sulung Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) dengan harapan mempertahankan dua pingat emas, tahun lalu sekali gus buka mata pengendali kebangsaan untuk terpilih menyertai skuad senior negara.

Impiannya cukup besar kerana dia lahir dalam keluarga ping-pong.

Bapanya Thomas Tay, bekas perseorangan negara era 80-an dan pernah menyertai Sukan Sea 1981 di Manila, Filipina.

Beliau berkahwin dengan Ang Guat Kee dan menetap di Kuching, Sarawak dengan memulakan perniagaan kedai peralatan sukan (termasuk ping-pong).

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, tiga lelaki dan Sammi, bongsu.

"Semua adik-beradik diajar bermain ping-pong sejak kecil. Malah, saya mula bermain pada usia 6 tahun".

"Tiga abang saya terpilih mewakili Sarawak ke Sukma tetapi saya mahu lebih daripada itu. Saya terpilih mewakili skuad remaja kebangsaan sejak tahun lalu dan ia satu kebanggaan keluarga".

"Saya harap dapat membanggakan mereka dengan pingat ASG," katanya.

Skuad ping-pong negara diletakkan sebagai underdog walaupun menyumbang dua emas (perseorangan wanita dan beregu wanita) temasya di Selangor, tahun lalu.

Sammi akan bergandingan bersama pemain beregu emas tahun lalu, Karen Lyn - rakan lamanya dalam skuad Sarawak.

Mereka sudah empat tahun bermain bersama, jadi keserasian juga baik.

Seorang pemain yang hidup dalam dunia ping-pong. Moga jadi seperti ayah, terpilih ke Sukan Sea Filipina, November depan.  

 

Advertisement

Must Watch Video