Skip to main content

Rencana

Main tak seberapa, nak sedih konon

pogba.jpg
Pemain United yang paling popular dengan kontroversi, Paul Pogba, menyatakan bahawa beliau tidak rela melihat gelaran juara Liga Perdana Inggeris dijulang oleh pasukan Liverpool. Kenyataan itu disuarakan oleh Pogba kepada media antarabangsa di mana beliau turut mengakui kehebatan pasukan Liverpool.

Pogba, yang sangat kurang beraksi musim ini akibat kecederaan turut, mengakui bahawa Liverpool meningkat dengan sangat baik sejak musim lalu dan meninggalkan jurang jauh dengan kesemua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris. Selaku pemain Manchester United, melihat Liverpool menjuarai liga selepas 30 tahun tidak melakukannya adalah sesuatu yang amat pedih. Tetapi sebagai seorang yang profesional, beliau sendiri mengakui Liverpool adalah pasukan yang paling layak untuk muncul juara liga.

Untuk rekod, Liverpool masih belum tewas dalam saingan liga musim ini, iaitu sebanyak 27 perlawanan. Mereka hanya memerlukan 12 mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga. Ada cakap-cakap belakang yang mengatakan Liverpool banyak dibantu oleh teknologi VAR, selain kesilapan-kesilapan mudah pemain lawan seperti satu-satunya kesilapan penjaga gol seperti Fabianski dan Guaita dalam Liga Perdana Inggeris adalah ketika berdepan Liverpool. Namun, kita tidak dapat menolak hakikat meraka memang layak berada di puncak liga selain faktor 'tuah' yang bersama Liverpool untuk musim ini.

Dalam saingan Liga Juara Juara Eropah pula, Liverpool yang tewas dalam pertemuan pertama 1-0 kepada Atletico Madrid, perlu segera bangkit dalam perlawanan timbal balik di Anfield pada Mac nanti. Ini merupakan misi wajib menang buat Liverpool andai mahu mencipta hatrik layak ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah. Pada 2018, Liverpool tumbang di pentas final kepada Real Madrid dan musim lalu, mereka cemerlang muncul juara menewaskan Tottenham Hotspur.

Ceritanya sangat berbeza kerana di saat Liverpool berada dalam kondisi baik, United yang masih tanpa Pogba yang tercedera dilihat terkial-kial merebut tempat ke Liga Juara Juara Eropah. Perjalanan mereka dilihat sedikit ceria dengan kemasukan Bruno Fernandes, akan tetapi persoalannya sampai bila? kerana mereka kini bergelut untuk mengekalkan momentum kemenangan di tambah pula isu ejen Pogba, Mino Raiola, yang berselisih faham dengan pengendali Ole Gunnar Solskjaer. Manakala Pogba pula, masih seperti biasa menjadi pemain bola sepak sepenuh masa dan 'instafamous' separuh masa sementara menunggu pulih dari kecederaan.
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found