RENCANA
Maclaren Tertekan
Minggu lalu Maclaren mengembalikan keyakinan penyokong penyokong tegar The Magpies dengan kemenangan selesa membelasah Norwich City di laman sendiri 6-2 namun siapa yang sangka ketika kedua dua pasukan yang berada di kedudukan 3 tangga tercorot saingan Liga Perdana Inggeris bertemu Newcastle dikatakan favourite di atas kertas namun lain pula jadinya apabila Sundeland menjaringkan 3 gol tanpa balas dan sekaligus menghidupkan suasana di Stadium Of Light yang agak suam selama ini kerana persembahan hambar mereka sepanjang 9-10 perlawanan permulaan saingan BPL. Keputusan ini pasti menghidupkan semula kempen Liga Perdana Inggeris Sunderland dan lebih manis lagi mengalahkan musuh ketat Newcastle United.
Newcastle kelihatan mendominasi permainan dengan 61% penguasaan bola serta lebih banyak percubaan ke arah gawang Sunderland dengan 21 percubaan keseluruhan dan 8 percubaan tepat yang diselamatkan. Sunderland jauh lebih kurang penguasaan dan percubaan namun mengambil kesempatan peluang yang terhidang berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri. Adam Johnson,Billy Jones dan Steven Fletcher adalah senarai penjaring mereka malam tadi.
Kad merah dilayangkan kepada tonggak utama pertahanan Newcastle sekaligus memberi impak besar dalam perlawanan pada hujung babak pertama yang memberikan gol pertama Sunderland dan seluruh babak kedua Newcastle beraksi tempang dengan 10 pemain dan dibolosi 2 kali lagi. Perbelanjaan agak besar dilakukan musim ini oleh Steve Maclaren membawa masuk beberapa pemain pilihannya sendiri dan mengenepikan beberapa pemain utama musim lalu yang semakin kelihatan tidak berfungsi kecuali Georginio Wijnaldum yang menyerlah buat The Magpies.
Iklan
Penyokong penyokong Newcastle kini pasti tidak sabar dan mahu melihat perubahan dari pihak pengurusan samada menamatksn kontrak pengurus ataupun tindakan drastik mengubah kesebelasan mahupun membawa masuk lebih ramai pemain berkualiti di barisan pertahanan yang menjadi masalah utama Toon Army dalam beberapa musim yang lalu.
Statistik jelas menunjukkan Newcastle terlalu banyak melepaskan gol ekoran kesilapan dan kelekaan barisan pertahanan. Lihat saja pertemuan dengan Norwich City ketika mereka mendahului selesa 2-0 pemain pemain mula hilang fokus dan dibolosi 2 kali sebelum babak kedua menyaksikan Newcastle menambah 3 gol untuk menang selesa. Namun agak jelas masah utama buat Toon Army adalah barisan pertahanan mereka.
Lain lain perlawanan menyaksikan Manchester Derby United dan City seri tanpa jaringan manakala Jurgen Klopp dan Liverpool sekadar seri 1-1 dengan Southampton di Anfield. Spurs juga membelasah Bournemouth yg beraksi di laman sendiri 5-1 dan terus meluahkan niat dan hasrat mereka untuk layak ke Liga Juara Juara mus hadapan.
Pertemuan seterusnya buat Newcastle adalah menentang Stoke City di St James Park 5 hari dari sekarang dan kini Steve Maclaren perlu menghasilkan 3 mata penuh apa cara sekalipun jikalau tidak pasti penyokong semakin resah dan bakal meminta perubahan dengan cara agresif sepertimana kita lihat ketika penyokong penyokong The Magpies membawa sepanduk berkali kali ke Stadium meminta Pardew digantikan. Namun kini mereka pasti menyesal kehilangan Pardew kerana sekurang kurangnya ketika Pardew berada di Newcastle kedudukan mereka jauh lebih baik berbanding sekarang.
Ikuti Formasi Extra di Astro Arena saluran 801 untuk segalanya berkenaan bolasepak Eropah.
Must-Watch Video