Mengukir kemenangan dan kejayaan tidaklah sesukar untuk mempertahankannya. Itulah yang sedang dilalui Real Madrid yang kini berada pada prestasi buruk dalam saingan La Liga.
Los Blancos, yang merupakan penyandang juara La liga dan Liga Juara-Juara Eropah bagi musim lalu, dilihat bakal menghadapi kesulitan dalam mempertahankan kejuaraan itu.
Masakan tidak, dalam liga mereka kini berada di tangga keempat di belakang Barcelona, Atletico Madrid dan Valencia.
Sementara itu, untuk kejohanan Eropah, Real Madrid perlu segera kembali ke prestasi sebenar andai tidak mahu tumpas di tangan Paris Saint-Germain (PSG) yang mempunyai rangkaian serangan hebat gandingan Neymar, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe.
Memenangi lima piala pada musim 2017, ini merupakan persembahan terburuk Real Madrid dalam tempoh 21 tahun apabila tewas aksi di laman sendiri sebanyak tiga kali. Mereka pula hanya dipisahkan tiga mata dengan Sevilla dan dipisahkan lima mata dengan pasukan kerdil Eibar.
Andai sejarah dijadikan ukuran, Zinedine Zidane sepatutnya telah dipecat. Ini kerana diwaktu zaman Rafael Benitez, Real Madrid memperolehi 37 mata dalam 18 perlawanan, manakala Zidane pula, hanya 32 mata dengan jumlah perlawanan yang sama.
Terbaru, anak-anak buah Zidane tewas 0 -1 di laman sendiri kepada Villareal, sekaligus menyaksikan mereka ketinggalan 16 mata kepada pendahulu liga, Barcelona, dan mungkin jumlah mata akan berubah kepada 19 seandainya Barcelona mencipta kemenangan pada minggu ini.
Penulis juga percaya tunjang utama Madrid, Cristiano Ronaldo, tentunya hampa dengan keadaan semasa apatah lagi dalam karier profesionalnya bersama Sporting Lisbon, Manchester United dan Madrid, ini kali pertama pasukan yang diwakili berada di tangga keempat.
Berdasarkan situasi ini, penulis berasakan Presidennya, Florentino Perez, harus segera melakukan sesuatu agar prestasi pincang ini tidak berterusan.
Dengan musuh utama, Barcelona, kini gah berada di puncak liga dan turut memperkuatkan pasukan dengan kehadiran Philippe Countinho, Madrid amat memerlukan sesuatu ‘tonik’ yang mampu mengembalikan aksi cemerlang mereka.