Ia tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa tapi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berkemungkinan perlu dilanjutkan ke satu perlawanan tambahan atau ‘playoff’.
Sehingga ke detik ini, juara hanya tinggal menjadi perebutan di antara juara bertahan, Manchester City, dan Liverpool – antara penamat paling sengit selain gol Sergio Aguero pada minit ke-93 kemenangan 3-2 ke atas Queen’s Park Rangers (QPR) menyaksikan mereka memintas Manchester United pada musim 2011/12.
Dengan hanya satu mata memisahkan City (92 mata) dan Liverpool (91 mata) selepas 36 perlawanan, dua perlawanan terakhir akan menjadi penentuan.
City sedikit berkelebihan dengan beza satu mata dan juga daripada segi perbezaan jaring-bolos dengan 68 (jaring 90 bolos 22) manakala Liverpool 64 (jaring 84 bolos 20).
Apa akan terjadi jika tiada apa yang dapat memisahkan kedua-dua pasukan kesudahannya?

Kedudukan terkini dalam carta EPL selepas selesai 36 perlawanan dengan hanya berbaki dua
Akhbar Liverpool Echo menawarkan beberapa senario yang memungkinkan kedua-dua pasukan menghimpun jumlah mata dan perbezaan jaringan yang sama yang boleh menjurus kepada perlawanan playoff City-Liverpool untuk memutuskan juara.
Barangkali juga ini tidak pun perlu kerana mana-mana pasukan boleh keciciran mata tapi bagaimana jika kedua-dua pasukan berkesudahan dengan jumlah mata yang sama?
Jika itu berlaku, perbezaan jaringan akan menjadi pemisah. Jika masih terikat, maka jumlah jaringan dibuat akan menjadi pemutus.
Cuma, apabila itu juga gagal meleraikan kedua-dua pasukan, maka satu perlawanan playoff City dan Liverpool akan diperlukan, dengan pemenangnya ditabalkan juara.
Menurut akhbar Liverpool Echo, peraturan EPL ada menyatakan: “Kelab-kelab yang terlibat hendaklah bermain satu atau lebih perlawanan penentuan di gelanggang berkecuali, dengan format, jadual dan venue akan diputuskan oleh Lembaga EPL.”

Gol Sergio Aguero pada minit 93 kemenangan 3-2 ke atas QPR bagi menentukan juara 2011/12
Jadi, apa yang perlu berlaku dalam dua perlawanan terakhir untuk playoff menjadi penentu?
Liverpool akan berkunjung ke Newcastle awal pagi esok sambil City akan menjadi tuan rumah kepada Leicester pada awal pagi Selasa ini.
Pada hari terakhir liga 12 Mei ini, The Reds akan menanti kujungan Wolves manakala City akan turun ke gelanggang Brighton.
Untuk perlawanan playoff diperlukan, keputusan berikut hendaklah berlaku di samping jumlah jaringan yang harus diambil kira:
Antaranya, Liverpool seri satu dan tewas satu, City pula seri kedua-dua perlawanannya.
Bertikut senario yang akan mencetuskan perlawanan playoff:
Liverpool menang 5-0 dan kalah 2-1 DAN Man City seri kedua-dua perlawanan 0-0
Liverpool menang 4-0 dan seri 3-3 DAN Man City menang 1-0 dan kalah 1-0
Liverpool seri kedua-dua perlawanan 3-3 DAN Man City seri 0-0 dan kalah 4-0
Liverpool seri 3-3 dan kalah 4-3 DAN Man City kalah 3-0 dan kalah 2-0
Apakah keadaan sumpamanya pernah berlaku sebelum ini? TIDAK tapi ia berkemungkinan.
Pada penghujung musim 1995/96, Lembaga EPL pernah membuat persiapan playoff di antara Manchester United dan Newcastle tapi ia kesudahannya tidak perlu.
Namun, tiada siapa tahu kali ini di sebalik kebarangkalian untuk perlawanan playoff itu amat tipis sebenarnya.
Tapi ini bola sepak kan...