Skip to main content

Rencana

Liverpool tak boleh jadi juara!

salah.jpg
Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya pasti begitu mengerti erti "penantian satu penyeksaan" andai benar tiada pemenang dan tiada penyingkiran akan dilakukan atas alasan perlawanan liga tidak dapat diselesaikan atau dihabiskan secara keseluruhan.

Kenyataan di atas diberikan oleh bekas lagenda England , Alan Shearer  yang percaya itu adalah keputusan terbaik yang paling adil untuk semua. Ini kerana, menurut pendapat Shearer, tiada pemenang boleh dinobatkan selagi kesemua perlawanan liga belum dapat dihabiskan. Andai Liverpool dinobatkan selaku juara, adalah sangat tidak adil buat pasukan lain yang sedang merebut tempat ke Liga Juara Juara Eropah, Liga Europa mahupun yang sedang berjuang di zon penyingkiran kerana kedudukan mereka masih boleh berubah berdasarkan baki perlawanan yang tinggal.

Untuk rekod, Liverpool hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk ditabalkan selaku juara, sebelum pihak FA Inggeris membuat keputusan menangguhkan liga buat seketika atas alasan penularan virus Covid -19. Shearer bagaimanapun berkata, situasi akan jadi berbeza andai Liverpool sudah pun mengesahkan tempat selaku juara dan kemudian liga digantung, tetapi kini mereka masih kekurangan enam mata.

Berita ini jika dilihat dari kaca mata penyokong Liverpool, pastinya amat memeritkan kerana The Reds telah berhempas pulas beraksi sangat konsisten untuk berada di tempat sekarang. Manakala, bagi peminat lain khususnya peminat Manchester United, pasti sudah mula bahan-membahan rakan-rakan mereka yang menyokong pasukan Liverpool.

Walaubagaimanapun, Dayang melihat kenyataan Shearer ini sesuatu  yang relevan dan adil bagi semua pihak. Bukan kerana Dayang seorang peminat Manchester United, tetapi Dayang merasakan ini langkah yang tepat dan adil buat semua. Andai penangguhan sehinga 3 April ini disambung atau kemungkinan liga musim ini digantung, nasib pasukan lain yang sedang berjuang tidak boleh diabaikan. Jika satu pasukan sahaja diberikan kelebihan, bagaimana dengan pasukan lain?

Senario yang terjadi kini merupakan sesuatu yang "rare" kerana ini pertama kali pihak FA Inggeris berdepan dengan situasi sebegini. Tambahan pula, perkara ini terjadi selepas Liverpool berhempas pulas dan semakin hampir menamatkan badi 30 tanpa kejuaraan liga. Adakah mereka perlu menunggu musim hadapan untuk kembali berjuang meraih kejuaraan liga? Jika ya, betullah penantian satu penyeksaan.

Advertisement

Must Watch Video