Enam belas kemenangan berturut-turut, 25 perlawanan tanpa kalah musim ini dan 42 sepanjang dua kempen – trofi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) teramat jelas dalam penglihatan mereka.
Demikian akhbar berpengaruh Amerika Syarikat (AS), The Washington Post, menyimpulkan cabaran Liverpool sejauh ini, yang harus tidak banyak berbeza dengan akhbar-akhbar British amnya.
Wartawannya, Steven Goff, menulis dalam sebuah musim yang hampir sempurna, The Reds teramat selesa di mercu carta tanpa ada pasukan yang mampu benar-benar mencabar – dengan juara bertahan, Manchester City, di tangga kedua dengan perbezaan 22 mata, jurang terbesar dalam sejarah.
Musim lalu yang perebutannya berlanjutan hingga ke hari terakhir, dengan City kesudahannya ditabalkan juara dengan kelebihan setipis satu mata, tidak lagi menjadi ingatan.
Berbaki 13 perlawanan lagi musim ini, ia bukan lagi satu perlumbaan ke garis penamat. Sebaliknya, ia sekadar tempoh pertabalan selama tiga setengah bulan untuk Liverpool akhirnya dianugerahkan trofi EPL buat julung-julung kali sejak pengenalannya pada 1992.
Sebelumnya, kejayaan terakhir Liverpool dikecapi ketika era Divisyen Satu pada 1990 – malah The Reds telah memenanginya 11 kali di antara 1973 dan 1990 hingga mereka dipersendakan sebagai bahan ‘History Channel’.
Namun, tempoh berkenaan tidak bermakna mereka ketandusan trofi kerana The Scousers itu turut meraih Piala FA (3 kali) dan Piala Liga (4 kali) sepanjang tiga dekad lalu di samping Piala UEFA (2000-01), trofi Liga Juara-Juara UEFA (2004-05 dan 2018-19) dan Piala Dunia Kelab FIFA (2019).
Musim ini, bagaimanapun, Liverpool tampil selaku barisan serba penakluk – satu-satunya titik kelabu ialah apabila jaringan lewat Adam Lallana menyelamatkan mereka daripada kekalahan untuk seri 1-1 dengan Manchester United di Old Trafford lewat Oktober lalu.

Mereka juga telah memenangi 20 perlawanan berturut-turut di gelanggang keramat Anfield dengan rekod 37-0-5, dengan halangan terakhir yang menanti ialah Manchester City di Etihad, 4 April depan.
Sepanjang dua musim, rekod Liverpool berdiri kukuh pada 54-1-8, dengan kekalahan tunggal di Manchester City, 13 bulan lalu.
Dalam kalangan liga terbesar Eropah, tiada mana-mana pendahulu yang kekal belum kalah -- Real Madrid hanya tewas sekali dengan seri tujuh kali dalam LaLiga manakala Juventus sudah tunduk dua kali di samping seri tiga kali dalam Serie A.

“Kami belum pun hampir ke tahap sempurna,” pengurus, Jurgen Klopp, yang tiba daripada Borussia Dortmund pada Oktober 2015, dipetik sebagai berkata.
Teramat jelas dengan prioritinya, dengan ‘mengorbankan’ cabaran dalam Piala Liga dan Piala FA, tiada siapa yang berani bertaruh Liverpool bukan saja akan menamatkan penantian 30 tahunnya untuk bergelar juara EPL, malah mungkin mengatasi rekod tanpa kalah sepanjang musim milik Arsenal di bawah bimbingan Arsene Wenger pada musim 2003-04.

Lebih-lebih lagi dalam musim yang luar biasa ini, kata Washington Post, segala-galanya dilihat bergolek ke arah Liverpool.
“Kami perlu memanfaatkan skil pemain-pemain kami. Kami perlu memanfaatkan perwatakan setiap seorang daripada mereka.
“Kami perlu menggunakan kekuatan kelab ini, terutama stadium ini. Ia menjadi tanggungjawab kami untuk memenangi (setiap) perlawanan bola sepak,” kata Klopp lagi.