Lin Dan mempamerkan aksi memukau untuk mengalahkan rakan senegara, Chen Long, dalam final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019, 21-9, 17-21, 21-11.
Dia membuktikan kepada pencabarnya bahawa dia masih berbisa.
Diangkat sebagai pemain paling sempurna dalam sukan badminton, Lin Dan tidak menunjukkan sebarang kelemahan pada usia 36 tahun dengan permainan bijak, skil baik, keyakinan dan kepantasan luar biasa di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kali terakhir juara dunia 5 kali dari Fujian itu merangkul kejuaraan, pada Terbuka Malaysia 2017 mengecewakan Datuk Lee Chong Wei yang belum bersedia bermain pada edisi ini kerana masih melalui pemulihan kanser hidungnya.
Masih mempunyai ramai peminat di Malaysia, nama Lin Dan bergema dengan teriakan mereka apabila diperkenalkan ketika masuk ke gelanggang, namun set pertama bukan permulaan baik buat bekas pemain nombor 1 dunia itu setelah diasak awal oleh Chen Long yang juga mencari kejuaraan pertama pada 2019.
Tewas mudah 21-9, di sinilah personaliti yang dikagumi dunia ditunjukkan Lin Dan dengan setiap pukulan mempunyai maknanya untuk disusuli dengan serangan seterusnya dalam set kedua.
Chen Long ada ketika hanya mampu tersenyum kerana serangannya acapkali dapat diangkat oleh Lin Dan dan dikuti oleh pukulan lebih baik untuk perlawanan diheret ke set ketiga.
Lin Dan mengakui tanpa sahabatnya Chong Wei dalam sirkit BWF, ia agak sunyi namun gembira dengan kebangkitan pemain muda seperti Shi Yuqi dan Jonatan Christie.
Kepada mereka yang berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung di Astro Arena, pasti bersetuju pergerakan Lin Dan sungguh sempurna seperti seorang penari di atas gelanggang apabila mendahului Chen Long agak jauh dalam set ketiga.
Misi layak ke Sukan Olimpik 2020 untuk memburu pingat emas ketiganya menjadi fokus utama Lin Dan kelihatan hampir pasti dalam genggaman dengan corak permainan cemerlang sehingga memaksa Chen Long buntu dan melakukan kesilapan mudah.
Lin Dan tanpa menoleh ke belakang menutup perlawanan dengan 21-11 untuk muncul juara Terbuka Malaysia buat kali kedua.
Lebih manis, hadiah kemenangan itu disampaikan oleh sahabat dan rakan seperjuangan sejak zaman remaja, Datuk Lee Chong Wei.
Apapun, Lin Dan masih BOS.