Liga super musim 2023 sudah pun melabuhkan tirai nya menyaksikan JDT sekali lagi mempertahankan kejuaraan ‘Perfect 10’ mereka buat kali ke 10 berturut turut sekaligus mengulangi kejayaan ‘qudraple’ musim lalu selepas membolot kesemua piala yang ditawarkan; Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super.
Persoalannya, bilakah penyokong bola sepak tanah air di Malaysia bakal melihat akhirnya ada pasukan di liga yang boleh memberi cabaran sebenar kepada JDT?
Jika berterusan seperti ini, sudah pasti persepsi pasukan lain berdepan JDT seperti hanya menunggu untuk mengangkat bendera putih kerana sedar kualiti pasukan itu sangat berbeza dalam dan luarnya.
Jika dilihat dari segi mata yang dikumpul sepanjang musim, jurang antara 3 pasukan terbaik pun terlalu jauh bezanya lebih dari 10 mata.
Itu baru 3 pasukan teratas, bagaimana pula dengan 11 lagi pasukan lain sekaligus memberi gambaran kepada tahap kualiti liga M yang masih belum berada di tahap yang kita semua impikan.
Satu lagi aspek yang boleh dilihat adalah dari jumlah jaringan yang dibolosi dalam sesuatu perlawanan. Sepanjang musim ini, kita dapat melihat beberapa pasukan telah dibelasah bertubi tubi oleh kelab gergasi liga seperti JDT dan Selangor FC.
Hal ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyokong kelab bola sepak masing masing. Dalam sesetengah perlawanan, kita boleh melihat dengan jelas berapa ‘kerat’ saja penyokong yang hadir ke stadium untuk berikan sokongan kerana mungkin sudah mempunyai mentaliti ‘confirm kalah, buat apa nak datang’.
Jadi, pihak pengurusan perlulah mengambil langkah yang pro aktif untuk musim seterusnya supaya tahap kompetitif di liga Malaysia bakal meningkat setanding dengan K-League atau J-League sekaligus akan membantu tahap daya saing pasukan dari Malaysia apabila bertanding di pentas Asia.
10 years of dominance. Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim! #DemiLigaKita pic.twitter.com/civBx04vup
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 16, 2023
Persoalannya, bilakah penyokong bola sepak tanah air di Malaysia bakal melihat akhirnya ada pasukan di liga yang boleh memberi cabaran sebenar kepada JDT?
Jika berterusan seperti ini, sudah pasti persepsi pasukan lain berdepan JDT seperti hanya menunggu untuk mengangkat bendera putih kerana sedar kualiti pasukan itu sangat berbeza dalam dan luarnya.
Jika dilihat dari segi mata yang dikumpul sepanjang musim, jurang antara 3 pasukan terbaik pun terlalu jauh bezanya lebih dari 10 mata.
Itu baru 3 pasukan teratas, bagaimana pula dengan 11 lagi pasukan lain sekaligus memberi gambaran kepada tahap kualiti liga M yang masih belum berada di tahap yang kita semua impikan.
Satu lagi aspek yang boleh dilihat adalah dari jumlah jaringan yang dibolosi dalam sesuatu perlawanan. Sepanjang musim ini, kita dapat melihat beberapa pasukan telah dibelasah bertubi tubi oleh kelab gergasi liga seperti JDT dan Selangor FC.
KEPUTUSAN MASA PENUH - LS26#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/e5jd74xBko
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 16, 2023