Selepas liga-liga utama Eropah seperti Bundesliga dan Liga Perdana Inggeris kembali menyambung baki perlawanan liga / menetapkan tarikh penyambungan liga, kini giliran Serie A pula menetapkan tarikh bila saingan liga akan bermula semula.
Terdahulu, saingan Bundesliga telah bermula pada pertengahan Mei, dengan syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan penularan wabak covid-19. Paling mencuri tumpuan sudah tentu "Bundesliga Klassiker" yang melibatkan Bayern Munich berdepan Borussia Dortmund. Perlawanan itu memihak kepada Bayern Munich yang menang 1-0 hasil jaringan Joshua Kimmich yang sekaligus meletakkan Bayern Munich di puncak liga dengan kelebihan tujuh mata.
Di England pula, kesemua 20 kelab di liga sudah bersetuju liga akan disambung pada 17 Jun ini, namun setiap pasukan harus mematuhi syarat-syarat yang ketat sebelum tarikh permulaan liga boleh dimuktamadkan. Setiap pemain mahupun pegawai kelab harus melalui saringan covid-19, kerana setiap keselamatan, kebajikan dan kesihatan semua pihak termasuk penyokong harus menjadi perkara pertama yang dititikberatkan. Ini kerana beberapa individu dari Watford telah dikesan positif covid-19.
Penulis percaya, syarat hampir serupa seperti Bundesliga akan diguna pakai seperti aksi tanpa penonton, kurangkan sentuhan antara pemain dan sebagainya.
Bagi peminat Serie A, lampu hijau yang diberikan oleh Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora pasti menggembirakan peminat bola sepak Serie A. Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik Itali telah berpuas hati dengan protokol kesihatan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan Serie A. Pihak pengurusan Serie A telah mengemukakan pelan A, pelan B dan pelan C yang menyaksikan liga akan kembali disambung bermula 20 Jun ini.
Kali terakhir aksi Serie A berlangsung adalah pada 9 Mac lalu dengan perlawanan membabitkan Sassuolo bertemu Brescia. Juventus masih memimpin carta liga dengan 62, diikuti Lazio dan Inter Milan. Mesti ramai peminat bola sepak tak sabar untuk melihat aksi dari bintang dunia, Cristiano Ronaldo. Bagi penulis, penulis nak lihat aksi dari Sandro Tonali, dengar cerita pemain ini bakal ke Newcatle United.. hehehe..