Pada 13 Julai lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pengadil dan pegawai perlawanan dari Jepun dipilih untuk mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019 di antara Kedah dan Perak.
Keputusan yang dilakukan badan induk itu ternyata mencetus reaksi kurang senang apabila dilihat mengabaikan pengadil tempatan.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh, turut memberikan pandangannya yang tidak bersetuju dengan membawa masuk khidmat pengadil dari Jepun itu kerana membelakangkan pengadil tempatan sedia ada.
"Bagi saya ia satu tindakan tidak tepat. Kalau kita nak belajar atau dapatkan pengalaman dan memahami kualiti yang merkeka ada, kita kena bermula dari awal [liga] menerusi program pertukaran, bukannya dengan bawa mereka ke final," Subkhiddin dipetik sebagai berkata.
Tiga hari sebelum aksi final semalam, FAM mengumumkan Takuto Okabe bakal mengadili perlawanan Kedah-Perak itu, dibantu dua rakan senegara, Akane Yagi dan Osamu Nomura, sementara pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali, diletakkan sebagai pengadil keempat atau pengadil simpanan.
Ia merupakan langkah yang diambil oleh Liga Bolasepak (MFL) untuk menangani isu mutu pengadilan yang sering tercetus dalam saingan liga domestik.
Sebagai rekod, pengadil tempatan J. Suresh, yang mengendalikan final Piala Malaysia 2018 di antara Terengganu dan Perak dilihat sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.
Beberapa keputusan kontroversi dibuat Suresh, termasuk membatalkan dua jaringan dan layangan dua kad merah dalam perlawanan itu menyaksikan integriti beliau dipersoal.
Kedah muncul juara Piala FA semalam mengatasi Perak 1-0 dan persembahan Okabe sepanjang 120 minit waktu permainan berjaya mencuri tumpuan.
Mengambil petikan daripada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid, mengakui Okabe serta dua penjaga garisan final berkenaan berjaya memberikan sistem pengadilan yang dimahukan.
“Kami berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pengadil ini yang dibawa khas dari Jepun. Saya pun ada mendapat maklum balas baik mengenai prestasi mereka dan majoriti, termasuk pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berpuas hati dengan prestasi mereka.
“Secara peribadi, saya rasa beliau tenang, mempunyai karisma, tidak panik dan mempunyai prinsip pengadilan yang baik. Keputusan yang dibuat dan cara beliau menangani situasi sukar juga tidak membuat pemain marah," kata Dali.
Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu menyerlah dengan ketegasannya membuat keputusan membabitkan beberapa insiden kekasaran.
Sepanjang permainan, Okabe melayangkan enam kad kuning, masing-masing empat kepada Perak dan dua buat Kedah serta satu kad merah kepada Amirul Azhan Aznan dalam masa kecederaan.
Salah satu kad kuning yang dilayangkan kepada pemain import Perak, Leandro Dos Santos -- yang sering kali dianggap sebagai "antagonis bola sepak tempatan" dengan corak permainannya yang mengundang kemarahan banyak pihak -- menggugat pemain itu daripada melakukan helah dalam perlawanan semalam.
Secara keseluruhannya, sistem pengadilan yang diketengahkan Okabe harus dijadikan sebagai contoh buat pengadil tempatan.
Ia harus selaras dengan DNA Bola Sepak Malaysia yang juga dipanggil “The Malaysian Way” atau Cara Malaysia. Permainan yang bersifat "fair play" dan lancar haruslah bermula dengan mutu pengadil untuk menentukan suasana sesebuah perlawanan.
Bagaimanapun, di sebalik pujian yang diberikan, tidaklah adil untuk menganggap ia adalah satu inisiatif yang berjaya dan langkah ini harus diteruskan bagi saingan Piala Malaysia dan lebih manis jika bermula daripada peringkat kumpulan, bukannya terus ke aksi final.