Tidak mungkin pekerja sektor pembinaan India, Srinivas Gowda, yang berusia 28 tahun lebih pantas daripada jaguh Jamaica, Usain Bolt.
Jika kita meneliti video rakaman ketika dia beraksi dalam kambala, acara popular dalam festival sukan rakyat di mana peserta berlari di atas kawasan selut sambil memegang tali kerbau - anda tahu ia bukan perbandingan yang adil.
Srivinas mencatat 13.42 saat selepas berlari sejauh 142m. Kiraan dilakukan semula dan jika berlari sejauh 100m, dia mampu mencatat 9.55s.
Rekod dunia milik Bolt ialah 9.58s dilakukan pada 2009.
Bolt sudahpun bersara sementara Srivinas akan menjalani ujian bersama skuad olahraga kebangsaan India pada Isnin.
Sementara menunggu keputusan ujian, ada beberapa pertikaian mengenai perbandingan antara Bolt dan Srivinas.
1. Aspek teknikal:
Adakah penganjur menggunakan catatan masa elektronik dan tolok angin untuk mendapatkan catatan Srivinas?
2. Berlari sambil memegang tali kerbau
Kuasa tarikan dua ekor kerbau pasti menjadi kelebihan untuk berlari lebih pantas. Perbandingan lebih baik ialah jika Srivinas berlari tanpa memegang sebarang alat.
3. Jarak perlumbaan
Adakah penganjur mengukur jarak dengan tepat? Tidak adil untuk mencatat masa ketika atlit sudah mencapai pecutan terbaik berbanding permulaan-pecutan- momentum-penamat.
4. Srivinas berlari di kawasan selut
Mungkin ini satu-satunya kelebihan Srivinas. Fizikalnya juga nampak baik tetapi berdasarkan pemerhatian frekuensi dan jarak langkah, Bolt lebih pantas.
Saya harap India mengumumkan keputusan ujian itu kepada umum, seperti mana tersebarnya video mengenai aksi Srivinas bersama kerbaunya.
Sebelum keputusan diumumkan, saya yakin Srivinas tidak mampu mencatat masa bawah 11 saat.
Kredit foto: AFP