Minggu kebelakangan ini peminat sukan tanahair disajikan dengan ‘drama minggu’ ini membabitkan atlit karate-do, Syakilla Salni Jefry Krishnan dengan masalah berat badan dan kelayakan ke Sukan Olimpik 2020.
Beberapa episod sudah dipertonton dan mungkinkah sudah berakhir drama ini dengan penjelasan panjang lebar Syakilla dalam wawancara khas Analisis Nadi Arena, Isnin lalu atau apakah kita akan terus dimomokkan dengan episod baru selepas ini? Hanya masa akan menentukan.
Saya tidak mahu mengulas mengenai cerita Syakilla ini, cuma saya ingin bangkitkan persoalan sama ada atlit lain harus juga mendapat layanan yang saksama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pada pandangan saya banyak tenaga, usaha dan mungkin juga wang ringgit dilaburkan untuk memastikan hanya seorang atlit cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
Ini belum lagi layak ke Tokyo, sekadar cuba melayakkan diri tetapi usaha yang digembeleng seolah-olah untuk memenangi pingat Olimpik.
Ada ramai lagi atlit di luar sana terutamanya daripada sukan-sukan yang berpeluang untuk ke Tokyo menagih sokongan dan bantuan sewajaranya dan layanan yang saksama.
Saya tidak tahu mengenai status Syakilla ketika ini. Adakah dia masih berstatus ‘atlit kebangsaan’, sedangkan dia tidak berlatih bersama pasukan kebangsaan atau di bawah jurulatih kebangsaan, dan tampak seperti bergerak bersendirian bersama jurulatih sendiri?
Ada beberapa atlit yang bergerak bersendirian yang digelar ‘profesional’ mungkin tidak mendapat bantuan yang sewajarnya. Saya bercakap mengenai pemain badminton yang memilih haluan sendiri. Pemain seperti beregu campuran Chan Peng Soon / Goh Liu Ying serta beregu lelaki Goh V Shem / Tan Wee Kiong berada dalam kedudukan yang baik untuk melayakkan diri ke Olimpik Tokyo. Dan tidak dinafikan bahawa sukan badminton masih lagi sandaran terbaik untuk menang pingat.
Tetapi sejauh mana pemain ini mendapatkan sokongan dan bantuan daripada MSN dan KBS?. Apakah kita tidak mahu membantu atlit yang mempunyai peluang lebih besar untuk layak ke Olimpik dan juga peluang lebih besar memenangi pingat. Jika ada bantuan, baguslah.
Selain itu pemain profesional ini juga terpaksa berdepan dengan BAM yang mungkin menyisihkan mereka daripada kejohanan berpasukan sekali gus hilang mata kelayakan Olimpik. Sekalipun layak ke Olimpik, penyertaan mereka hanya boleh disahkan oleh persatuan kebangsaan.
Mungkin ada lagi atlit yang beranggapan mereka juga harus mendapat layanan yang saksama dan adil.
Walaupun mereka ini dianggap ‘profesional’ tetapi seandainya mereka layak ke Olimpik, mereka masih dan tetap mewakili MALAYSIA!