Umum ketahui Liga Perdana Inggeris ketika ini dihentikan seketika sehingga April depan bagi mengekang wabak Covid-19 yang semakin menular di Eropah.
Beberapa Liga Utama di benua itu sudah mengemukakan langkah sama, iaitu menghentikan seketika saingan seperti Serie A di Itali dan Bundesliga, Jerman.
Di England, beberapa pemain dan pengurus seperti pengendali Arsenal, Mikel Arteta, dan pemain tengah Chelsea, Callum Hudson Odoi, disahkan positif dijangkiti virus itu dan sedang diasingkan bagi menjalani rawatan susulan.
Sementara itu, bintang tengah Manchester United, Paul Pogba, punya cara tersendiri untuk mendidik orang ramai agar lebih cakna dengan kebersihan diri bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Menerusi perkongsian Pogba di laman media sosialnya, dia menyarankan orang ramai agar
- "Dab" bila anda batuk
- "Dab" bila anda bersin
- "Dab" untuk lawan #coronavirus
"Dab" merupakan salah satu cara Pogba meraikan jaringan gol, iaitu dengan menundukkan kepala sambil menepakan dua belah tangan ke tepi.
Unik dan pelik, namun jika cara itu berkesan untuk mengekang wabak Covid-19 apa salahnya?