Bagaikan Harimau kelaparan yang sedang menunggu mangsa begitulah aksi Skuad Harimau Malaysia ketika berhadapan Timor Leste.
Setiap saat digunakan sebaik mungkin oleh pemain untuk merancang apa yang telah diaturkan mengikut kehendak jurulatih Negara Datuk Ong Kim Swee.
Karektor dan sikap yang positif dipamirkan oleh pemain-pemain perlu diberikan pujian, dengan keinginan yang tinggi untuk mencipta kemenangan serta disiplin ketika diatas padang mengambarkan mereka sudah bersedia berhadapan dengan pasukan mana-mana sekali pun.
Pergerakkan pantas,berfikir dengan cepat untuk membuat keputusan dengan keyakinan yang tinggi serta kombinasi yang baik telah memberi kelebihan kepada skuad negara.
Tetapi apa yang lebih penting ketika ini, bagaimana setiap pemain ingin mengekalkan konsentrasi dan meningkatkan kekuatan mental dan fizikal pada perlawanan ulangan nanti.
Itulah cabaran utama kepada Kim Swee, ini berdasarkan persembahan lima belas minit terakhir permainan dimana pemain-pemain Negara hilang tumpuan pada permainan. Bukan hanya analisa permainan sahaja perlu ditekankan tetapi latihan psikologi juga perlu ditekankan ini bertujuan untuk mengekalkan tumpuan dan keyakinan diri setiap saat.
Ini penting kepada pemain-pemain negara, dengan keinginan yang tinggi serta pelbagai tekanan yang mereka hadapi terutama diluar padang dan dengan bantuan pakar psikologi ini pasti dapat membantu melapangkan minda pemain-pemain Negara. Kepada peminat-peminat teruslah berdiri bersama-sama dibelakang pemain-pemain dalam kegembiraan dan kedukaan.
Hanya itu pengubat kepada pemain-pemain untuk terus mempamirkan aksi-aksi yang meyakinkan serta membantu meningkatkan tahap emosi serta psikologi pemain-pemain.