Jika ditanya siapakah individu yang benar-benar layak untuk berentap dan menjadi pencabar kepada Juara Universal WWE Brock Lesnar waktu ini, hanya satu nama sahaja yang berpotensi besar untuk menggalas tugas tersebut pada hemat penulis. Siapa lagi kalau bukan Bobby Lashley?
Bersempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 43 semalam, Lashley melalui ciapan di Twitter sempat melahirkan hasratnya untuk berentap dengan anak buah Paul Heyman itu.
Lesnar kembali bergelar Juara Universal di acara WWE Extreme Rules pada Isnin lalu hasil kemenangan ‘curi’nya melalui kontrak Money In The Bank ke atas Seth Rollins. Namun The Architect nekad untuk merampas kembali kejuaraan berprestij tersebut di acara WWE Summerslam bulan hadapan dan telah dinamakan sebagai pencabar utama setelah memenangi perlawanan Battle Royal melibatkan sembilan bintang di acara Raw minggu ini.
Jika ditakdirkan Rollins gagal dalam misi menjulang kembali kejuaraan tersebut, secara tidak langsung peluangnya mungkin akan tertutup dan memungkinkan pencabar baharu pula diangkat untuk mendepani The Beast.
Justeru, WWE wajar mengangkat Bobby Lashley sebagai calon juara seterusnya atas beberapa faktor. Di samping kedua mereka mempunyai saiz fizikal yang agak setara, latar belakang Lashley juga tidak kurang hebatnya seperti Lesnar.
Bukan sahaja pernah bergelar Juara Dunia ECW (Extreme Championship Wrestling), Juara Dunia, Juara Heavyweight Dunia TNA/Impact, Juara Amerika Syarikat dan Juara Antara Benua, malah karier Lashley juga melangkaui gelanggang segi empat di mana dirinya juga cemerlang dalam sukan seni bela diri campuran (mixed martial arts).
Jika Lesnar boleh mendabik dada sebagai bekas Juara Heavyweight Dunia UFC (Ultimate Fighting Championship), apa kurangnya dengan jaguh kelahiran Denver, Colorado ini. Pernah berkhidmat dalam angkatan tentera Amerika Syarikat selama tiga tahun, Lashley juga nyaris menyertai pasukan kebangsaan dalam sukan gusti amatur di temasya Sukan Olimpik pada tahun 2004. Sayang sekali kecederaan merencatkan karier amaturnya sehingga memaksa beliau beralih arah kepada gusti profesional.
Bercakap tentang sukan tempur MMA, The All Mighty memegang rekod kemenangan sebanyak 15 kali dengan hanya tewas sebanyak 2 kali sepanjang beraksi di beberapa organisasi sukan MMA. Lashley yang berbisa dengan tumbukan TKO dan rear naked choke pernah menggegar pentas Titan, Bellator dan beberapa lagi promotion MMA di Amerika Syarikat.

Namun, setelah kembali ke pangkuan WWE pasca Wrestlemania tahun lalu, Lashley masih belum dapat menonjolkan sepenuhnya potensi yang dimiliki dengan hanya terlibat dalam beberapa konfrontasi kelas pertengahan. Perancangan untuknya berentap dengan Lesnar pernah dijadualkan beberapa kali, namun masih tertunda atas beberapa sebab yang tidak diketahui.
Sudah tentu para WWE Universe akan teruja dengan pertembungan dua jaguh hebat yang begitu dominan di pentas gusti dan MMA ini. Lashley pastinya mampu memberikan saingan sengit terhadap Lesnar yang selama ini hanya seronok meratah bintang-bintang yang bersaiz lebih kecil daripadanya. Pengalaman Lashley di pentas MMA juga amat berguna bagi mengekang kemaraan Lesnar dan tidak mustahil, mampu mendominasi jaguh yang digelar The Beast itu.

Dengan Paul Heyman kini bertindak selaku ketua pegawai di bahagian kreatif untuk jenama Raw, harapan untuk melihat pertemuan dua bintang ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Jika Kofi Kingston mampu meroboh tradisi dengan bergelar Juara WWE Afrika Amerika pertama dalam sejarah, sudah pasti Bobby Lashley juga layak bergelar Juara Universal dan membenam Brock Lesnar.
Bila ia akan menjadi realiti, hanya masa yang akan menentukannya.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Bersempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 43 semalam, Lashley melalui ciapan di Twitter sempat melahirkan hasratnya untuk berentap dengan anak buah Paul Heyman itu.
Thanks everyone for the birthday wishes
— Bobby Lashley (@fightbobby) July 17, 2019
Next step: Get @HeymanHustle to inform the “champ” when he’s done with Seth, I’m waiting. #BobbyVsBrock #Raw
Lesnar kembali bergelar Juara Universal di acara WWE Extreme Rules pada Isnin lalu hasil kemenangan ‘curi’nya melalui kontrak Money In The Bank ke atas Seth Rollins. Namun The Architect nekad untuk merampas kembali kejuaraan berprestij tersebut di acara WWE Summerslam bulan hadapan dan telah dinamakan sebagai pencabar utama setelah memenangi perlawanan Battle Royal melibatkan sembilan bintang di acara Raw minggu ini.
Jika ditakdirkan Rollins gagal dalam misi menjulang kembali kejuaraan tersebut, secara tidak langsung peluangnya mungkin akan tertutup dan memungkinkan pencabar baharu pula diangkat untuk mendepani The Beast.
Justeru, WWE wajar mengangkat Bobby Lashley sebagai calon juara seterusnya atas beberapa faktor. Di samping kedua mereka mempunyai saiz fizikal yang agak setara, latar belakang Lashley juga tidak kurang hebatnya seperti Lesnar.
Bukan sahaja pernah bergelar Juara Dunia ECW (Extreme Championship Wrestling), Juara Dunia, Juara Heavyweight Dunia TNA/Impact, Juara Amerika Syarikat dan Juara Antara Benua, malah karier Lashley juga melangkaui gelanggang segi empat di mana dirinya juga cemerlang dalam sukan seni bela diri campuran (mixed martial arts).
Jika Lesnar boleh mendabik dada sebagai bekas Juara Heavyweight Dunia UFC (Ultimate Fighting Championship), apa kurangnya dengan jaguh kelahiran Denver, Colorado ini. Pernah berkhidmat dalam angkatan tentera Amerika Syarikat selama tiga tahun, Lashley juga nyaris menyertai pasukan kebangsaan dalam sukan gusti amatur di temasya Sukan Olimpik pada tahun 2004. Sayang sekali kecederaan merencatkan karier amaturnya sehingga memaksa beliau beralih arah kepada gusti profesional.
Bercakap tentang sukan tempur MMA, The All Mighty memegang rekod kemenangan sebanyak 15 kali dengan hanya tewas sebanyak 2 kali sepanjang beraksi di beberapa organisasi sukan MMA. Lashley yang berbisa dengan tumbukan TKO dan rear naked choke pernah menggegar pentas Titan, Bellator dan beberapa lagi promotion MMA di Amerika Syarikat.

Namun, setelah kembali ke pangkuan WWE pasca Wrestlemania tahun lalu, Lashley masih belum dapat menonjolkan sepenuhnya potensi yang dimiliki dengan hanya terlibat dalam beberapa konfrontasi kelas pertengahan. Perancangan untuknya berentap dengan Lesnar pernah dijadualkan beberapa kali, namun masih tertunda atas beberapa sebab yang tidak diketahui.
Sudah tentu para WWE Universe akan teruja dengan pertembungan dua jaguh hebat yang begitu dominan di pentas gusti dan MMA ini. Lashley pastinya mampu memberikan saingan sengit terhadap Lesnar yang selama ini hanya seronok meratah bintang-bintang yang bersaiz lebih kecil daripadanya. Pengalaman Lashley di pentas MMA juga amat berguna bagi mengekang kemaraan Lesnar dan tidak mustahil, mampu mendominasi jaguh yang digelar The Beast itu.

Dengan Paul Heyman kini bertindak selaku ketua pegawai di bahagian kreatif untuk jenama Raw, harapan untuk melihat pertemuan dua bintang ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. Jika Kofi Kingston mampu meroboh tradisi dengan bergelar Juara WWE Afrika Amerika pertama dalam sejarah, sudah pasti Bobby Lashley juga layak bergelar Juara Universal dan membenam Brock Lesnar.
Bila ia akan menjadi realiti, hanya masa yang akan menentukannya.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,