Skip to main content

Rencana

Langit kelam iringi Musang kesedihan

vichai-srivaddhanaprabha.jpg
Pemilik kelab bola sepak Inggeris Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, terkorban dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power sejurus selepas menyaksikan saingan Liga Perdana di antara Leicester dan West Ham United dengan keputusan seri 1-1.

Helikopter yang dinaikinya dalam perjalanan pulang kelihatan berpusing dan tidak terkawal, tidak jauh dari stadium lalu terhempas dan terbakar.

Antara lain yang turut terkorban adalah staf dan pekerjanya, Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare, serta juruterbang dan jurukemudi, Eric Swaffer, dan pasangannya, Izabela Roza Lechowiz.

Dilaporkan, Eric Swaffer merupakan pengendali helikopter dan jet peribadi yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dan sering terlibat dalam program penyiaran televisyen “The Big Breakfast” dan “Virgin Radio Traffic Helicopter”.

Pemilik The Foxes, Vichai yang telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak telah membeli kelab itu dengan nilai GBP39 juta pada 2010 dan berjaya menjuarai gelaran Liga Perdana pada 2016. 

Mendiang juga digelar “The Boss” cukup terkenal dengan sifatnya yang baik hati dan sangat bertanggungjawab terhadap keluarga.

Pihak berkuasa memberi kenyataan tiada kecederaan lain melibatkan orang ramai dan memerlukan beberapa hari untuk siasatan kemalangan ini.

Aksi Leicester City yang pada mulanya dijadualkan bertemu Southampton dalam Piala Liga pada esok telah ditunda ke tarikh yang  lain. 

Mereka juga akan menyarung lengan hitam sebagai tanda berkabung dalam pertemuan dengan Cardiff City dalam saingan Liga Perdana hujung minggu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video