8 hari yang begitu padat buat kami warga krew Astro Arena dimana kami berkampung di Ipoh Perak dalam tugas membawakan Siaran Secara Langsung semua perlawanan perlawanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 26 2017.
Stadium sudah pasti di Stadium Hoki Azlan Shah di Ipoh Perak. Walaupun ada beberapa perlawanan yang tertunda akibat keadaan cuaca tidak mengizinkan, tetap perjalanan Kejohanan dari aspek penyiaran kali ini berjalan dengan lancar baik di site maupun di Studio. Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat.
Berbalik kepada pencapaian pasukan Negara pada Edisi yang ke 26 ini walaupun tidak berjaya memperbaiki pencapaian lalu tetapi inilah pentas terbaik buat pasukan Negara menilai semula dimanakah tahap kita berbanding dengan pasukan pasukan lain dan apa yang perlu dilakukan sebelum bermulanya kejohanan terpenting tahun ini iaitu Liga Hoki Dunia 3 di London pada bulan Jun nanti.
Seri 1 - 1 dengan Pasukan Jepun di perlawanan pertama, di belasah 1 - 6 oleh Juara bertahan Australia, tewas 0 - 1 kepada New Zealand dan Great Britain. Malaysia menewaskan India 1 - 0 di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan dan di perlawanan klasifikasi tempat 5 menewaskan Jepun 3 - 1.
Keadaan Fizikal pemain pemain belum lagi di tahap "peak" kerana program periodisasi pemain adalah untuk berada di tahap terbaik mereka semasa di London nanti. Selepas pulang dari menjuarai Liga Hoki Dunia 2 di Dhaka pemain pemain telah melalui fasa latihan fizikal kecergasan dan bebanan yang begitu intensif selama 3 ke 4 minggu. Dengan kata lain kena "lanyak". Jika masa saya mewakili pasukan Negara dulu semasa Terry Walsh menjadi jurulatih, kita namakan fasa ini "Hell Week". Jangka masa inilah yang amat sesuai untuk pemain pemain menjalani latihan fizikal yang keras dan selepas Piala Sultan Azlan Shah hanya latihan yang lebih ringan tetapi masih menjalani latihan fizikal untuk pastikan mecergasan Fizikal pemain tidak turun. Latihan taktikal juga pasti ditekankan selain untuk mendapatkan "sharpness" pemain pemain apabila tarikh Kejohanan semakin hampir.
Becakap tentang "sharpness" pemain pemain sememangnya begitu ketara kekurangannya terutama penyerang penyerang Negara dan situasi pukulan sudut penalti di sepanjang Piala Sultan Azlan Shah.
Pukulan sudut penalti hanya 5 gol berjaya dijaringkan oleh pasukan Negara di sepanjang Kejohanan. Yang paling ketara semasa menentang New Zealand dimana 7 pukulan sudut penalti diterima tetapi tidak ada sebarang gol dapat dihasilkan. Kita tewas 0 - 1. Mengikut statistik dalam 20% convertion rate. Harus pertingkatan sekurang kurangnys kepada 30% convertion rate semasa di Liga Hoki Dunia 3 nanti.
Gol padang pula hanya satu sahaja berjaya dijaringkan menerusi Firhan Ashaari semasa menentang Jepun di perlawanan klasifikasi. Firhan, Faisal, Tengku Ahmad, Shahril, Haziq dan yang lain lain harus ambil ini sebagai iktibar dan pastikan penyudahan mereka lebih tajam di London.
Selain dari tewas kepada Australia 1 - 6, pertahanan Negara begitu mantap termasuklah penjaga Gol Kumar dan Hafizuddin begitu cemerlang. Walaupun Hafizudfin hanya di turunkan 1 perlawanan sahaja beliau telah menunjukkan beliau mampu memikul tanggungjawab jika apa apa berlaku pada S. Kumar.
Pada pandangan saya selepas mereka mengejutkan India pasukan ranking ke 6 Dunia serta menewaskan Jepun dengan mudah walaupun dengan recovery period yang pendek di perlawanan klasifikasi, tidak perlu kita tekan "panik button".
Kemungkinan Izad Hakimi Jamaluddin akan kembali kepangkuan Skuad terakhir Negara nanti sudah pasti akan memantapkan lagi back four pasukan Negara dan juga akan memberikan Jurulatih lebih pilihan dalam merencanakan posisi pemain pemain.
Rumusan saya hanya prestasi "lambat panas" oleh Pasukan Hoki Negara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017. Tetapi ingat di Liga Hoki Dunia 3 di London nanti pastikan dari perlawanan pertama pemain pemain harus berada di "Gear 5"!