Skip to main content

Rencana

Laluan berbeza pasukan ‘elit’ Piala Malaysia

pialamas.jpg
Undian yang dilakukan untuk saingan Piala Malaysia 2020 menyaksikan beberapa pasukan dengan reputasi besar dijangka menempuh laluan berbeza selepas undian dimuktamadkan hujung minggu lalu.

Dengan pandemik covid-19 masih lagi belum ditemui penawarnya, saingan kali ini  terpaksa dilakukan dengan format kalah mati yang mana saingan peringkat kumpulan terpaksa diketepikan bagi meminimalkan jumlah perlawanan.

Pasukan terbaik di Malaysia, Johor Darul Takzim dilihat akan berdepan masalah besar andai mereka gagal ke pentas final kerana berdasarkan cabutan undian, tiada alasan untuk mereka mara ke perlawanan akhir. Diundi berdepan pasukan kerdil Kuching FA pada perlawanan pertama, perlawanan seterusnya ialah berdepan The City Boys yang mendapat 'bye' pada perlawanan pertama.

Empat lagi pasukan iaitu Pulau Pinang, Felda United, UiTM FC dan Kelantan, salah satu dari pasukan ini kan menjadi penghalang JDT di peringkat separuh akhir nanti. Seperti yang penulis katakan tadi di atas kertas tiada keraguan buat anak-anak buah Benjamin Mora untuk mara ke pentas akhir berdasarkan kualiti yang mereka miliki. Penulis menjangkakan UiTM FC dan Pulau Pinang akan berentap di suku akhir dan pemenang akan  bertemu dengan Harimau Selatan di separuh akhir.

Berbeza ceritanya undian di satu lagi bahagian apabila empat pasukan elit, Selangor, Melaka, Kedah dan Pahang diletakkan di bahagian sama dalam perlawanan pertama.

Kemampuan tiga pasukan besar  Selangor, Kedah dan Pahang dalam saingan Piala Malaysia tidak boleh dipertikaikan kerana rekod menunjukkan ketiga-tiga pasukan amat baik beraksi dalam kejohanan pendek seperti Piala Malaysia. Cuma format musim ini sedikit sebanyak menyaksikan kelebihan yang mereka miliki mungkin tidak begitu dijadikan sandaran kerana setiap perlawanan merupakan kalah mati.

Penulis memilih pasukan Kedah dan Selangor akan berentap di suku akhir dan kemungkinan besar, Kedah akan mara ke separuh akhir. Lawan Kedah pula adalah antara Perak, Terengganu, PJ City dan Kelantan United. Penulis jangkakan anak-anak buah Nafuzi Zain akan mara ke semi final berdepan Lang Merah.

Adakah aksi final Piala Malaysia 2019 akan kembali berulang dengan pasukan JDT dan Kedah bakal mara ke pentas final?  Jika ya, Kedah akan memiliki lebih keazaman untuk membalas dendam tewas 3-0 musim lalu kepada JDT.

Advertisement

Must Watch Video