Skip to main content

Rencana

Lalu: Ayuh ke Filipina!

lalu-muhammad-zohri-lalu-ahmad-yani.jpg
Skuad pecut negara sedang memantau perkembangan di Indonesia.

Adakah jaguh muda, Lalu Muhammad Zohri Lalu Ahmad Yani, yang muncul remaja terpantas rantau ini dengan catatan 10.03 saat akan menyertai Sukan SEA Filipina?

Peluang untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA cerah jika pelari berusia 19 tahun itu membatalkan hasrat buat penampilan sulung temasya.

Jadualnya padat dengan kejohanan kelas tinggi dan pelbagai program di Indonesia.

Pengurus Besar Persatuan Olahraga Seluruh Indonesia, Tigor Tanjung : "Sukar untuk Lalu menyertai Sukan SEA kerana tarikh temasya bertembung dengan waktu rehat Zohri selepas tamat Kejohanan Dunia 2019".

"Sukar untuk mengganggu program latihan kerana atlet berlatih untuk jangka masa panjang. Tidak mungkin kami dapat memaksa Zohri beraksi," katanya.

Perkembangan ini mendapat reaksi jurulatih Khairul Hafiz Jantan.

"Kami akan terus fokus kepada program latihan. Saya tidak mahu atlet memikirkan mengenai Lalu kerana apa pun boleh berlaku".

"Khairul sedang beraksi di Itali (Sukan Universiti Dunia) dan saya harap dia mencatat masa yang baik," kata Mohd Poad Kassim.

Khairul, pemegang rekod kebangsaan dengan 10.18 saat akan buat penampilan sulung dalam tempoh 10 bulan.

Dia sudah melalui program khas di Institut Sukan Negara untuk menambah otot. 

Tidak dapat dipastikan adakah dia mampu menghampiri rekod kebangsaan namun apa yang akan berlaku di Itali pasti mencuri tumpuan pemerhati.

Moga Khairul bangkit untuk mempertahankan emas Sukan Sea.  

Advertisement

Must Watch Video