Kejayaan, seperti didapati oleh Barcelona dan Atletico Madrid, harus dibayar dengan harga yang mahal.
Dalam pada itu, kegagalan, seperti yang ditanggung oleh Real Madrid, hendaklah ditampung dengan biaya yang jauh lebih besar pula.
Barisan pencabar kejuaraan LaLiga Santander jelas sekali amat sibuk dalam pasaran perpindahan untuk memperkuatkan barisan masing-masing musim panas ini.
Keseluruhannya, seperti dirumuskan akhbar harian sukan Sepanyol, MARCA, tiga pasukan teratas musim lalu membawa masuk 16 pemain setakat ini – tiga di pihak Barcelona, Atletico Madrid mengatasinya dengan lapan muka baru manakala Real mendatangkan lima.
Harus ada beberapa lagi yang akan menurut jejak langkah mereka dalam pada kelab utama berkenaan mencongak saingan musim 2019/20 dengan kesengitan yang mungkin tidak pernah disaksikan sebelumnya.
Baik Barca, Atletico mahupun Real masih mahukan pemain-pemain bernama besar pada ketika sebarang ikhtiar mendapatkan Paul Pogba, Neymar dan James Rodriguez – antaranya – mungkin tidak semudah yang diharapkan mereka.
Buat juara bertahan, Los Blaugranas, ketibaan Frenkie de Jong dan Antoine Griezmann seakan-akan melengkapkan teka silang kata pasukan Catalan itu, ditambah dengan penjaga gol, Neto, sebagai calon pelapis buat Marc-Andre ter Stegen.

Di atas kertas, Ernesto Valverde akan dilihat memiliki cukup kuasa penggempur dengan Lionel Messi dan Luis Surez terus menjadi sandaran utama menubuhkan tiga serangkai M-S-G bersama Griezmann.
Namun, cabaran terbesarnya ialah menterjemahkan kesemua mereka sebagai gandingan ampuh di atas padang sambil Ousmane Dembele dan Philippe Coutinho masih berkemungkinan meninggalkan pasukan.
Nelson Semedo akan bersaing dengan Sergi Roberto di bek kanan manakala Samuel Umtiti harus mempertahankan tempatnya daripada cabaran Clement Lenglet, untuk bergandingan dengan Gerard Pique.
Di bahagian tengah, Sergio Busquets dan Ivan Rakitic mungkin sukar digugat – meninggalkan De Jong, Arturo Vidal dan Arthur Melo berebut melengkapkannya.
Atletico, naib juara liga musim lalu, jelas akan berubah rupa dan bentuk selepas kehilangan Juanfran, Diego Godin, Filipe Luis, Rodrigo dan Griezmann.

Sebaliknya, Kieran Trippier, Mario Hermoso, Marcos Llorente, Felipe Monteiro, Lodi, Hector Herrera, Ivan Saponjic dan Joao Felix didatangkan sebagai lapan muka baru Los Rojiblancos dengan kos sebanyak €250 juta (RM1,155j).
Di Santiago Bernabéu pula, Zinedine Zidane akan bekerja dengan lima muka baru -- Eden Hazard, Eder Militao, Ferland Mendy, Luka Jovic dan Rodrygo – dalam ikhtiarnya membina semula pasukan daripada runtuhan skuad Los Blancos musim lalu.

Thibaut Courtois di pintu gol, Dani Carvajal, Sergio Ramos, Raphael Varane dan Marcelo di benteng, Luka Modric, Toni Kroos dan Casemiro menubuhkan barisan tengah sambil Hazard akan menemani Karim Benzema dan sama ada Marco Asensio atau Vinicius Junior bagi melengkapkan kesebelasan utama.
Jika Pogba tiba, di manakah pula tempatnya?
Kesukaran perebutan tempat dalam kesebelasan utama pasukan-pasukan sekadar memungkinkan saingan musim baru LaLiga – didahului pertemuan Athletic Bilbao dan Barcelona pada Jumaat, 16 Ogos ini -- berkesudahan tidak seperti sebelumnya.
Ada berani ke, Neymar?