Skip to main content

Rencana

Laju Azizul laju

azizulhasni_1.jpg
Ketika negara berdepan pergolakan politik, nun jauh di Berlin, Jerman, skuad basikal trek negara mencabar Kejohanan Dunia yang menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketika rakyat negara diulit mimpi, Azizulhasni Awang berjuang bermati-matian sejak pusingan pertama cara keirin hingga layak ke final.

Aksi Azizul yang menggunakan basikal berharga hampir RM400,000, cukup mantap hingga berjaya mengelak pusingan repecharge dalam menempatkan diri dalam kalangan enam pelumba final.

Ketika nama besar seperti juara bertahan Olimpik, Jason Kenny, dari Great Britain dan pemenang perak Olimpik, Matthijs Buchli (Belanda), tersingkir dalam separuh akhir -- Azizul hadir di celah-celah pelumba yang mencipta nama sebagai jaguh baru dunia.

Juara Eropah, Harrie Lavreysen (Belanda) meraih emas, Yuta Wakimoto (Jepun) perak sementara Azizul, gangsa.

Ini gangsa ketiga Azizul dalam Kejohanan Dunia selepas 2015 dan 2016.

Malah, secara keseluruhan pelumba berusia 32 tahun ini mengumpul satu emas, dua perak dan tiga gangsa sepanjang Kejohanan Dunia.

Realitinya, saya sempat bersembang dengan salah seorang pegawai skuad negara mengenai saiz badan Azizul yang agak berisi.

"Ini sebahagian daripada pelan periodisasi. Azizul akan capai kemuncak prestasi dalam Sukan Olimpik Tokyo," katanya.

Bayangkan, dalam keadaan mungkin 80 peratus dia mampu raih gangsa keirin Kejohanan Dunia - apa akan berlaku di Tokyo nanti?

Tahniah Azizul. Selamat berjaya!  

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found