Skip to main content

Rencana

Lain kali jangan bongkak, liar & angkuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pep-guardiola.jpg
Terciduk! Perkataan paling sesuai digambarkan kepada pengendali Manchester City, Pep Guardiola selepas pasukan bimbingannya tumbang kepada tuan rumah, Manchester United.

Permusuhan seteru setempat itu bukan lagi menjadi rahsia apatah lagi sebelum perlawanan, Pep Guardiola dilihat begitu yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya. Beliau tanpa berselindung berkata kepada media antarabangsa bahawa beliau terkejut melihat prestasi United jika dibandingkan dengan City, ibarat langit dengan bumi! Wow beraninya Guardiola ni.... mentang-mentanglah baru menang dengan Real Madrid, terus berlagak!

Selain itu, Guardiola turut mengeluarkan kenyataan bahawa beliau lebih selesa andai penyerang utama United, Marcus Rashford boleh bermain menentang City kerana lebih seronok jika United mampu menurunkan kesebelasan terbaik mereka.

Walaubagaimanapun, segalanya berubah selepas perlawanan dimenangi United. Keputusan 2-0 hasil jaringan Anthony Martial dan Scott McTominay pada lewat permainan ternyata menyebabkan Guardiola terdiam dan terkedu. Segala kata-kata angkuh dan bongkak yang diungkapkan sebelum perlawanan hilang entah kemana. Yang ada hanyalah watak seorang lelaki yang sugul berjalan menuju bilik persalinan selepas barisan pemain-pemain bintang City terciduk di atas padang.

Ada satu insiden atas padang yang menarik apabila berlaku perselisihan faham antara Guardiola dan Bruno Fernandes, di mana ianya diakhiri dengan Bruno menunjukkan isyarat diam kepada pengendali itu dan ternyata Guardiola mengikuti isyarat itu!!! Dah kalah kan kenalah diam.... Jangan lupa mereka masih mempunyai satu lagi perlawanan pada Khamis nanti menentang pasukan Arsenal, jangan terciduk lagi tau!

Biarpun Manchester City merupakan "jaguh kampung" selepas memenangi lapan dari sembilan kejohanan domestik yang disertai, namun kejayaan kejayaan domestik tersebut dilihat seperti tidak bernilai selepas digantung dari menyertai Liga Juara Juara Eropah selama dua tahun akibat pemalsuan laporan kewangan kelab. Lebih memeritkan, mereka sebenarnya sudah boleh melupakan gelaran kejuaraan liga yang hampir pasti menjadi milik Liverpool selepas mereka dibezakan dengan 25 mata dengan baki perlawanan kurang dari 10 perlawanan.

Ini merupakan kali pertama United berjaya menang berganda ke atas City selepas kali terakhir melakukannya pada musim 2009/2010. Kemenangan ini melebarkan rekod tidak tewas United dalam 10 perlawanan terakhir mereka. Selepas ini United akan berdepan pasukan LASK untuk saingan Liga Europa sebelum bertemu bekas pengendali  mereka, Jose Mourinho yang kini membimbing Tottenham Hotspur.

Advertisement

Must Watch Video